:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

27.2.11

7 hari yang meletihkan..

Haha.. kenapa tajuk entry aku camtuh....??? Sebab sepanjang 7 hari @ 1 minggu yang lepas, aku kena bangun awal tahap gaban untuk membolehkan kitorang kuar rumah awal. Kenapa lagi..?? Sebab taknak tersangkut dalam traffic-jam sepanjang laluan lebuhraya Pasir Gudang ke Kempas..

Lagi.. banyak keje kat opis. Banyak dokumen yang nak kena disiapkan. Tak terkejar dek masa dengan kerja yang banyak, dengan karenah bos-kecik yang konon-konon perfectionist tu... dengan opismate yang banyak berborak dari buat kerja... Semua tu menyesakkan kepala-hotak aku.

Lagi.. aku sekarang tengah berusaha untuk menyiapkan barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan adik aku yang akan berlangsung pada hujung minggu akan datang ni.. Nak kena siapkan bekas hantaran, siapkan gubahannyerr.... Nak reka susun letak yang menarik lagi.... Tapi aku akan buat yang paling senang/simple sekali. Simple but nice..

Itulah antara sebab-sebab aku kurang update blog sepanjang minggu ini. Balik dari keje dah malam, sampai rumah dah penat, apalagi siap-siap untuk tidur lah... Takdan nak ngadap komputer. Bila mata dah letih, otak dah mengantuk, memang takder masa nak online. Online dengan bantal dan tilam lah jawabnyer.,..

24.2.11

TERBARU

Wajah mirip manusia pada labah-labah


SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain baru-baru ini.


WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.

Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agensi


Sumber : KOSMO

23.2.11

TERBAIK

Banduan, pelajar USIM gubah 100 lagu patriotik


KUALA LUMPUR - Mereka datang dari institusi berlawanan, namun muzik menyatukan 120 penghuni penjara dan 70 pelajar Universiti Sains Islam (Usim) yang menghasilkan 100 buah lagu patriotik.

Menyifatkan kerjasama itu sebagai unik, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, usaha tersebut terjalin menerusi Program Festival Lagu Patriotik (Cipta) yang diadakan sejak 2008.

"Melalui lagu dan lirik yang dihasilkan ia telah berjaya membentuk jiwa dan rohani para penghuni penjara. Penghasilan karya yang baik ini juga mampu menggerakkan minda penciptanya dan pendengar ke arah pemikiran dan perlakuan yang positif,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran album yang diterbitkan daripada Program Cipta, yang mana enam lagu terbaik dimuatkan dalam sebuah album bertajuk ”Cipta-Inovasi Karya Seni”.

Lagu-lagu terbabit dinyanyikan artis tempatan termasuk Adiba Noor, Siso dari kumpulan Kopratasa, Andy (Flop Poppy) dan artis era 60an M. Sani. - Bernama


Sumber : KOSMO

..!!..!!..

Titisan air hujan membasahi bumi..
Dari Sang Pencipta kepada hambanya..
Membawa seribu rahmat kepada semua..

22.2.11

Saga price

Sesudah Senamrobik


Hui.... letihnya.. penat.. mengantuk jugak ( sebab tak cukup oksigen.. heheheee.... )

Tapi badan rasa sedap gilerrrrr sebab baru habis buat senamrobik. Takyah nak jalan jauh-jauh semata-mata buat senamrobik ni, buat kat kawasan kilang jer. Lagilah buat secara 'berjemaah' dengan kawan-kawan yang lain, lagi seronokkkk.... =)

Konfem malam ni aku tidor lena..

21.2.11

MESRA RAKYAT

Sultan Johor Pandu Tren Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja


JOHOR BAHARU : Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda bersama pegawai-pegawai istana bertolak dari stesen JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi dengan menggunakan tren Ekspres Rakyat yang dipandu baginda sendiri.

Baginda memandu tren tersebut hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan memandu semula dari Stesen Seremban hingga ke destinasi terakhir iaitu Stesen Kuala Lumpur.

Tren itu turut membawa hampir 350 penumpang lain.

Ini merupakan kali kedua baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai tahun lalu.

Selain itu, Sultan Ibrahim akan diperkenalkan dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terbaru milik KTMB setibanya baginda di Stesen Kuala Lumpur.

ETS yang memberikan perkhidmatan perjalanan dari Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh merupakan generasi kedua tren elektrik yang beroperasi pada kelajuan maksimum 160km sejam. - BERNAMA


Sumber : mStar online

18.2.11

TERHANGAT

Gelaran Sultanah ditarik balik


JOHOR BAHRU – Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.

Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.

Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.

Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.


Sumber : Kosmo










TERKINI

Honda Malaysia panggil balik 23,646 unit kereta


KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


Sumber : Kosmo

17.2.11

Shopping maniac..!!

Ha..ha..ha.. Aku adalah seorang manusia yang boleh dikatakan giler shopping TAPIIIIIIIIIIIIII…. tidak boros ok!!! Aku suka untuk window shopping – walaupun tak membeli, dapat tengok pun jadilah. So half-half kepada ‘shopping maniac’.

Aktiviti window shopping ni berkesan kat aku sebagai satu kaedah untuk bersenam. Tak percaya ker?? Percayalah…. sebab aku dah buat. Kalau aku ada banyak masa terbuang, memang aku akan masuk dari-satu-kedai-ke-kedai-yang-lain. Hanya untuk tengok-tengok dan menjamu mata. Andai ada yang menarik minat mata-hati-jiwa, maka terbanglah duit poket aku. Kebiasaannya aku banyak telek-menelek dari beli-membeli. Tengok je pun dah puas, tak perlu sangat untuk membeli. Kita ni selalunyer membeli lebih pada kehendak, bukan pada keperluan. Kena jimat OK!!

Tapi sekarang aku dah kurang window shopping sebab kekangan masa dan keadaan. So untuk puaskan hati dan menjamu mata, aku window shopping online jer, mudah dan senang. Dan tak berpeluh-peluhhhhh….. hehehheheheee….

16.2.11

Seawal pagi sudah diduga..

Alhamdulillah...

Seawal pagi yang cerah, aku dan hubby telah diduga dengan kejadian yang tidak terfikir akan terjadi. Kami berdua terjatuh dari motosikal yang ditunggang... Ya terjatuh... !!! Padahal nya itulah laluan yang kami lalui setiap hari - jalan untuk hubby hantar aku ke tempat kerja.

Memang sungguh tak disangka, dengan tidak semena-mena setelah penuh dengan berhati-hati, tiba-tiba motosikal yang kami naiki tergelincir sedikit dari laluan asal perjalanan. Syukur kami tidak mendapat kecederaan teruk, hanya luka-luka kecil disekitar tangan, tapak tangan dan kaki. Kawasan tubuh yang lain hanya merasai sakit dan berdenyut-denyut akibat terjatuh. Mujurlah hari ini kami memakai pakaian lengkap semasa ke tempat kerja, jika tidak pasti lagi teruk kesakitan yang kami alami.


*** Permulaan hari yang kurang bagus bagi kami... =(

15.2.11

Salam Maulidur Rasul 1432H




14.2.11

..

13.2.11

Hatiku berbunga riang

La.. la.. la..

Alhamdulillah.. Syukur padaMu Tuhan yang telah memperkenankan doa kami. Setelah bersusah payah ke sana dan kemari, akhirnya impian kami berdua untuk mendapatkan…. tuttt.. ttut.. ttuuttt…. telah pun tercapai.

Ha..ha..ha… Apa dia tu, takleh canang kat sini sekarang. Dah selesai semua akan ku beritahu. Memang bersyukur sangat-sangat tau. Bila dah 100% menjadi xxxxx kami, barulah boleh tunjuk. Kan..kan..kan..

Lafaz Cinta - Nature



Tiba saatnya
Aku melafazkan kata-kata cinta dari bibirku
Walaupun pernah dulu aku menyatakan
Cintaku hanya untuk dirimu sayang
Berikanlah aku secebis harapan
Agar dapat aku terus menyayangi mu
Hulurkanlah aku tangan untuk kusambut
Moga kita akan bersama

Yang aku pinta kasih dan sayangmu
Untuk kuisi di sudut hatiku
Yang kau berikan hanya janji cinta
Yang masih tidak pasti buat diriku

1
Sayang ( sayang )
Sudilah kau terima hatiku ini
Sayang ( sayang )
Hadirlah kau di dalam hidup sepi ini
Sayang ( sayang )
Usahlah kau menolak cintaku lagi
Kau ubatilah luka-luka hatiku
Kau sinarilah hidupku dan hidupmu
Tiada lain yang aku impikan
Hanya lafaz cinta darimu

( ulang 1 )

Hanya lafaz cinta darimu ( 5X )

12.2.11

Bila diri ini diketepikan..

Kadang-kadang aku merasakan diri ini tak dihargai, diketepikan, tak diberi perhatian. Apakah aku ini orang asing? Apakah aku ini bukan segolongan dengan mereka? Apakah aku ini insan yang menyusahkan? Kenapa mesti aku disisihkan? Kenapa mesti aku ditolak ketepi?

Aku pening, gelisah, tak pasti, gundah-gulana, terawang-awang… Adakah kehadiranku di depan matanya itu hanya bayangan, tidak terlihat dek mata kasar? Hellloooooooooo aku ini dah lah besar, takkan tak nampak lagi. Bukannya aku duduk dalam kelambu yang kamu-kamu semua tak nampak aku!!! Sungguh tidak ku sangka, kamu-kamu semua sanggup mengenepikan aku – kecewa rasa dihati. Terasa yang teramat sangat bilamana diri ini tidak disedari kehadirannya… Aku kan sebahagian dari kamu-kamu semua…. Sedihnya hati ini, terguris luka. Luka yang pasti lambat untuk sembuh. Yang pasti akan memberi kesan mendalam terhdap diriku ini.

Memang tak sedar? Atau berpura-pura tak menyedari? Atau sedar tetapi sengaja tidak mahu menyedari? Kenapakah kamu-kamu semua bersikap sedemikian???

Perlukah aku merayu? Perlukah aku meminta simpati? Perlukah aku melakukan sesuatu agar kamu sedar akan kehadiranku? Perlukah? Mampukah aku melakukannya??

Oh aku tak sanggup. Tak sanggup untuk merayu, meminta-minta, menagih simpati pada yang tak sudi. Aku tak sanggup!! Memang tak sanggup!! Aku tak sanggup melakukan sesuatu yang aku tak ingin lakukan. Sekarang ini aku dah tak kesah, samada kamu-kamu semua sedar atau tidak akan kehadiranku ini. Sungguh aku memang dah tak peduli. Terpulang pada kamu-kamu semua untuk mentafsirkannya. Andai kamu-berubah aku redha, andai tidak pun aku redha. Kerna semuanya telah ditentukan.

Yang penting sekarang untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini. Mengejar cita-cita, menggapai impian bersama insan-insan yang sedar akan kewujudan diriku ini. Bersama si dia yang ku kasihi, yang ku cintai, yang ku sayangi, yang tahu menghargai diriku ini. Aku bersyukur dengan kehadiranmu.

image

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah yang maha mengetahui dan yang merencanakan semua kejadian yang terjadi padaku, hambamu yang hina ini. Aku redha ya Allah..

8.2.11

Pelita Hidup by Hijjaz

Pelita Hidup - Hijjaz

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-dua dapat balasan

7.2.11

Sudah 4 tahun


 
 
Alhamdulillah...
Pada hari Sabtu yang lepas ( 5-2-11 ), genaplah 4 tahun aku berkhidmat di kilang Rikevita. Sungguh bersejarah bagi diriku sebab mampu bertahan lama bekerja di satu-satu tempat. Walaupun dikata gaji nya kechik, alhamdulillah kewangan family masih stabil. Namun keadaan kerja dan orang sekeliling di tempat kerja ini lah yang membantu aku untuk bertahan lama. Rakan-rakan seperjuangan yang memang bagus-bagus ( yang teruk ada sket jer.. ) dan sanggup membantu bila dilanda kesusahan.
 
Gaji besar + kerja teruk + colleague hampehh == tak bahagia
Gaji kechik + kerja seimbang + colleague bagus == alhamdulillah seronok
 
TAPI kalau dapat..
Gaji besar + kerja seimbang + colleague bagus-bagus == extra seronok kerja...

5.2.11

Year of Rabbit



Happy Chinese New Year to all my dear frenz and family..

3.2.11

Langit menyala-nyala...

Sekarang ni, keadaan langit kat kawasan rumah aku tengah menyala-nyala, terang benderang dengan kerlipan bunga api. Sana sini orang dok sibuk bakar mercun lah, bunga api lah... Gamaknyer sampai pagi besok ler bising memanjang... Hei mengganggu konsentrasi tidur jer...

1.2.11

Dah tiba.. tak tahan ni...

Yang di tunggu-tunggu dah tiba...
Memang tak tertahan-tahan lagi...
Mengancam habis lah..

Apa dia?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sudah tentulah mcD prosperity double....
Memang berganda-ganda keenakkannya...
Slurpppppp....

Selamat Menyambut Hari Wilayah 2011

Kepada warga wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan...

:: Blogger