:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

12.2.11

Bila diri ini diketepikan..

Kadang-kadang aku merasakan diri ini tak dihargai, diketepikan, tak diberi perhatian. Apakah aku ini orang asing? Apakah aku ini bukan segolongan dengan mereka? Apakah aku ini insan yang menyusahkan? Kenapa mesti aku disisihkan? Kenapa mesti aku ditolak ketepi?

Aku pening, gelisah, tak pasti, gundah-gulana, terawang-awang… Adakah kehadiranku di depan matanya itu hanya bayangan, tidak terlihat dek mata kasar? Hellloooooooooo aku ini dah lah besar, takkan tak nampak lagi. Bukannya aku duduk dalam kelambu yang kamu-kamu semua tak nampak aku!!! Sungguh tidak ku sangka, kamu-kamu semua sanggup mengenepikan aku – kecewa rasa dihati. Terasa yang teramat sangat bilamana diri ini tidak disedari kehadirannya… Aku kan sebahagian dari kamu-kamu semua…. Sedihnya hati ini, terguris luka. Luka yang pasti lambat untuk sembuh. Yang pasti akan memberi kesan mendalam terhdap diriku ini.

Memang tak sedar? Atau berpura-pura tak menyedari? Atau sedar tetapi sengaja tidak mahu menyedari? Kenapakah kamu-kamu semua bersikap sedemikian???

Perlukah aku merayu? Perlukah aku meminta simpati? Perlukah aku melakukan sesuatu agar kamu sedar akan kehadiranku? Perlukah? Mampukah aku melakukannya??

Oh aku tak sanggup. Tak sanggup untuk merayu, meminta-minta, menagih simpati pada yang tak sudi. Aku tak sanggup!! Memang tak sanggup!! Aku tak sanggup melakukan sesuatu yang aku tak ingin lakukan. Sekarang ini aku dah tak kesah, samada kamu-kamu semua sedar atau tidak akan kehadiranku ini. Sungguh aku memang dah tak peduli. Terpulang pada kamu-kamu semua untuk mentafsirkannya. Andai kamu-berubah aku redha, andai tidak pun aku redha. Kerna semuanya telah ditentukan.

Yang penting sekarang untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini. Mengejar cita-cita, menggapai impian bersama insan-insan yang sedar akan kewujudan diriku ini. Bersama si dia yang ku kasihi, yang ku cintai, yang ku sayangi, yang tahu menghargai diriku ini. Aku bersyukur dengan kehadiranmu.

image

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah yang maha mengetahui dan yang merencanakan semua kejadian yang terjadi padaku, hambamu yang hina ini. Aku redha ya Allah..

No comments:

:: Blogger