:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

16.2.11

Seawal pagi sudah diduga..

Alhamdulillah...

Seawal pagi yang cerah, aku dan hubby telah diduga dengan kejadian yang tidak terfikir akan terjadi. Kami berdua terjatuh dari motosikal yang ditunggang... Ya terjatuh... !!! Padahal nya itulah laluan yang kami lalui setiap hari - jalan untuk hubby hantar aku ke tempat kerja.

Memang sungguh tak disangka, dengan tidak semena-mena setelah penuh dengan berhati-hati, tiba-tiba motosikal yang kami naiki tergelincir sedikit dari laluan asal perjalanan. Syukur kami tidak mendapat kecederaan teruk, hanya luka-luka kecil disekitar tangan, tapak tangan dan kaki. Kawasan tubuh yang lain hanya merasai sakit dan berdenyut-denyut akibat terjatuh. Mujurlah hari ini kami memakai pakaian lengkap semasa ke tempat kerja, jika tidak pasti lagi teruk kesakitan yang kami alami.


*** Permulaan hari yang kurang bagus bagi kami... =(

No comments:

:: Blogger