:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.12.10

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011

Salam semua..
Hari terakhir 2010 dan esok menjelmalah tahun 2011.

Segala kenangan indah pahit manis akan dikenang selamanya. Yang baik jadikan tauladan yang kurang elok jadikan sempadan. Kemaafan jua dipinta andai ada tutur kata yang mengguris hati dan perasaan.

Selamat tinggal 2010..
Selamat datang 2011..

SMTJB Reunion Batch 97/98


Asslamualaikum..
Calling all ex-student of SMT JB
( Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru )
batch 1997/1998
for gathering @ reunion of the year..


Date : 5th February 2011
Day : Saturday
Time : 2.30 pm - 5.30 pm

Venue : Hotel Selesa Johor Bahru
Fee : RM50 / person

Kindly contact me ( Siti Noraidah ) at below email for further details and confirmation.



29.12.10

Malaysia menang..

Yahooooooooooooooooo...............Malaysia menang malam ni..

Agregat 4-2, mengalahkan Indonesia buat kali yang pertama..

SYABAS..

Minggu ini

Apa yang ada minggu ini..

  1. Hari-hari terakhir sebelum tahun baru 2011 menjelma..
  2. Berusaha dengan berhabis-habisan untuk menyiapkan segala kerja yang tertunggak.
  3. Minggu yang selamat-dan-sejahtera sebab bos kecik aku cuti seminggu.
  4. Semua kerja kena siap jugak supaya aku boleh bercuti dengan aman - takde gangguan.
  5. Jadi, bila saper-saper tanya aku "banyak kerja ker?", jawabnya "ye, memang banyak kerja".
  6. Minggu ni jugak aku jadik kaum nomad sebab pindah dok umah family sebab hubby outstation ke Terengganu. Rindu abang...
  7. Tak tau nak jalan-jalan ke mana cuti hujung minggu - tiada rancangan.
  8. Nak update blog, nak blogwalking.
  9. Nak buat draft kewangan keluarga untuk tahun 2011.
  10. Nak rancang percutian keluarga.

28.12.10

2010 ke penghujung

Tahun 2010 ni dah nak sampai ke penghujungnya.. Banyak suka duka yang dicoretkan, segala suka dan duka, pahit manis kehidupan. Semua itu adalah asam garam kehidupan. Adakalanya baik adakalanya sebaliknya.

Berakhirnya tahun 2010 ini bermakna berakhirlah juga umurku yang bersiri 2+. Tahun 2011 akan bermula dengan bersiri 3+.

Terasa bagaikan cepat masa berlalu bilamana aku baru memulakan langkahku meneruskan pengajian ke universiti sekitar penghujung tahun 2000. Berhempas pulas dengan pelajaran selama 3 tahun setengah dan menjalani latihan praktikal sekitar awal tahun 2004. Kemudiannya pada September 2004 - aku telah pun berjaya menggenggam segulung ijazah yang menjadikan aku kini adalah graduan. Sekeping kertas yang membawa makna yang besar dalam hidup ku. Sekeping kertas ini juga yang aku rasa membalas budi kedua orang tuaku yang menanggung pengajian ku selama ini. Besar sungguh jasa ayahbonda ku. Wahai ABAH dan EMAK, sesungguhnya jasa dan pengobananmu akan ku kenang hingga ke hujung hayatku.

Aku kemudiannya merayau ke sana sini tanpa arah dengan niat untuk mencari pekerjaan. Dengan tiada pengalaman bekerja, susah untukku mendapatkan pekerjaan. Rata-rata kebanyakkan syarikat tidak mahu mengambil pekerja baru yang tiada pengalaman walaupun aku bertegas yang aku sudah pun menjalani latihan praktikal dulu. Itu semua tidak cukup. Ya tidak cukup sekadar latihan praktikal. Aku mula sedih mengenang nasib diri. Adakah tiada ruang untuk ku dimana-mana syarikat? Adakah aku memang tidak layak untuk bekerja? Namun aku tidak berputus asa.

Akhirnya, pada 2005 ada seorang insan menghulurkan tangan untuk membantuku mendapatkan pekerjaan. Kerja yang ditawarkan hanyalah sebagai pengganti juruteknik di tempatnya bekerja. Namun aku tidak kisah, padaku itu lebih baik daripada hanya duduk melepak di rumah dan merayau-rayau mencari kerja. Gaji yang diberikan pula sedikit sahaja. Tapi tak mengapa kerna aku puas sebab bila hujung bulan aku mampu menyediakan duit belanja untuk keluargaku. Aku bekerja dan terus bekerja tanpa jemu walaupun jua kerja itu tidak sama dengan apa yang aku pelajari semasa di universiti dahulu. Itu semua aku anggap sebagai cabaran. No pain no gain. Usaha dan terus usaha. Pada 2007 aku telah berpindah ke tempat kerja yang baru yang lebih memberikan aku keselesaan dalam bekerja - sampai lah ke hari ini...

Padaku jika kita sentiasa berusaha, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. Jangan berhenti berusaha.

Hanya padamu



Ya Allah ya Tuhanku..
Hanya padamu aku berserah..
Aku mohon, sesungguhnya Engkau permudahkanlah segala urusanku di dunia ini..
Kau ringankanlah beban yang ku tanggung ini..
Aminnnn...

27.12.10

Panas hati..

Hampeh arr rasa semalam masa keluar pergi beli baju sekolah adik-ipar. Memula kan nak pergi kar Pusat Bandar Pasir Gudang.... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak jadi. TAK JADI.... Geram aku sebab orang ramai sangat kat situ - sesak gilerr..... Ramai sangat orang datang tengok AJL 25 Roadshow yang ada kat situ...

Hati aku dah panas membara, terlalu sesak sampai nak bergerak pun rasa susah. Sudahnya aku ajak hubby dengan adik-adik pergi KipMart Masai untuk beli barang keperluan sekolah... Ha kat sini lengang sikit, walaupun hari minggu tapi takder lah terlalu ramai sangat umat. Kiranya sesuai untuk berbelanja. Lain kali aku taknak pergi satu-satu tempat bila ada aktiviti lain kat situ. Tak sanggup nak bersesak-sesak dalam lautan manusia... Rimaslah..

Keputusan PMR



Keputusan PMR 2010 yang lepas adalah keputusan peperiksaan PMR yang paling baik bagi 4 tahun terkini. Tahniah aku ucapkan kepada adik dan adik-ipar aku atas keputusan peperiksaan mereka. Keputusan peperiksaan yang mereka perolehi adalah hasil dari usaha yang telah mereka curahkan semasa menjawab soalan  peperiksaan yang lepas. Ini semua akan dijadikan kayu pengukur untuk mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi lagi.... Selepas ini berusahalah untuk peperiksaan SPM pula...

Tahniah!!

Suzuki Cup 2010


Malaysia ( 3 ) vs. Indonesia ( 0 )

Pusingan pertama perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia balun Indonesia 3-0. Satu keputusan yang kiranya tak disangka-sangka. Perlawanan ke-2 akan diadakan di Indonesia pada hari Rabu ini. Harapnya pemain-pemain Malaysia dapat teruskan kecemerlangan. Balun Indonesia. Pastikan kemenangan dalam genggaman kita..



p/s : Dah lama aku tak tengok bola ni. Semalam tengok kat tv kat rumah dengan adik-adik, rasa cam lain lah..

26.12.10

Back-to-school...

 


Bukan aku yang nak back-to-school tapi adik-adik aku. Aktiviti hari ni, nak pergi beli barang keperluan sekolah untuk adik ipar aku pulak.. Ni pun tengah bersiap untuk ke Pusat Bandar Pasir Gudang sebab nak beli barang kat situ jer...

24.12.10

Sambutan Hari Natal



Cantikkan gambar nih..
Kawan aku amik gambar ni kat Sutera Mall JB sempena sambutan Hari Natal tahun ni. Walau kat Malaysia takde salji, dapat tengok orang salji pun ok lah...

23.12.10

PMR 2010


Berdegup jantungku... bila kudengar namamu.. ah ah
Berdebarnya hati... 'nak dapat result pmr'... ah ah
( baca-nyanyi nada dangdut yer.. )


Hari ini 23 Disember 2010, keputusan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2010 diumumkan. Berdebar rasa hati nak tau keputusan peksa adik-adik.. Harap-harapnya eloklah keputusan peksa mereka..

Kata-kata....luka



Berhati-hatilah ketika berkata-kata..
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita akan menentukan apa yang akan terjadi..
Berkata yang baik, maka baiklah jadinya..
Berkata yang buruk, begitulah yang mungkin terjadi..

Sesungguhnya lidah manusia itu lebih t.a.j.a.m dari mata pedang..
Dengan hanya berkata-kata, ia mampu mengguris hati dan perasaan orang lain..
Dan merosakkan perhubungan sesama manusia.

22.12.10

Ramainya penduduk Malaysia

Terkini dari Utusan Online...

Laporan permulaan banci penduduk 2010 menganggarkan bahawa rakyat Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.

Lelaki - 14,112,667 orang
Perempuan - 13,453,154 orang


** Wah rakyat dah semakin ramai, pertumbuhan ekonomi semakin pesat, masalah sosial pastinya akan meningkat... =)
Mari kita sama-sama memajukan diri dan negara kita agar rakyat Malaysia semakin berilmu dan berintegriti tinggi serta disanjung di mata dunia..



p/s : Sumber Utusan

Masih Ada Cinta

Tengah-tengah sedap rehat tengahari-bertiduran... tiba-tiba aku teringat lagu ni. Bangun-bangun tidur ada pulak member ni nyanyi pulak lagu ni... ikut arr nyanyi sekali.... Lagu lama nyanyian kumpulan A to Z...


Angin lalu kirimkan lah
Beritanya Oh di sana
Di hatiku masih ada cinta
Kembalilah kekasih ku… sayang
Ku rindu

Kini tiada ku terlihat senyum di bibir
Kini tiada ku terdengar senda gurau mu
Sejak kau pergi dari sisi ku merana
Jiwa meronta terasa di persenda

Mungkin tiada harga lagi
Lautan cinta tiada bererti

Sayang kini aku pasti
Aku rindu teramat rindu

Cinta bersemi dipagari seribu mimpi
Janji bererti disulami kasih sejati
Kini sendiri ku menyusuri hidup ini
Kini sendiri ku tempuhi onak dan duri

Ku rindu…

20.12.10

Senaman hujung minggu..

Cantikkan bunga orkid ni.. pic dari google


Assalamualaikumm..
Selamat bekerja ( aku sekarang tengah berehat-rehat... lunch time ) dan mengharungi hari Isnin yang indah lagi mulia ni... Tak mau monday blues yerrr.... No..no..no.....

Apa aktiviti korang masa cuti hujung minggu yang lepas?? Aku dengan hubby mengemas rumah lah... Aktiviti wajib cuti hujung minggu. Selain tu kami pergi menonton wayang dengan beli barang keperluan sekolah untuk adik-adik aku. Kiranya senaman hujung minggu kitorang... hehehhee....

Kami tengok cerita TRON : LEGACY 3D kat TGV Tebrau City. Best arr layan citer ni... Dia punya jalan cerita ok walaupun masa ditayangkan takde sarikata bahasa Melayu. Kiranya cerita terbaik setakat ni yang pernah aku tengok. Aku bagi 4.5/5 bintang... Siapa-siapa yang belum tengok, aku syorkan korang tengok.

Selain tu bawak adik-adik dengan mak aku pergi Giant Plentong ( aku sorang jer, hubby ada janjitemu dengan kawan dia ) beli keperluan sekolah diorang cam baju sekolah, kasut sekolah, alatulis, beg sekolah dan macam-macam lagi... Semua yang berkaitan dengan sekolah... Naik pening beli barang keperluan mereka semua ni, mana nak bandingkan harga lagi..nak carik saiz yang sesuai dengan diorang..yang berkenan dengan tak berkenan...leceh betol... Memang penat layan kerenah adik-adik... At last, dapat carik semua yang bersesuaian dengan diorang... Ni beli barang untuk adik-adik aku, minggu depan beli barang untuk adik ipar pulak...
[ oh yer, keputusan PMR keluar minggu ni.. hoyeeee.... ]

Sambil-sambil tu mak aku beli barang buat kuih dia kat Giant. Dah alang-alang sampai situ, beli sekali. Sudahnya dah malam baru balik dari Giant. Mula kol 4ptg sampai kol 8mlm, dalam 4jam jugak bertapa kat Giant tu... Selalunya pergi pagi, kali ni jer pergi petang sebab pagi semalam mak aku kena jadik kendarat kat umah pengantin... Sekarang ni pun masih rasa sengal dan penat lagi kaki ku. Almaklumlah, 'bersenam' lama sangat kat Giant semalam...

19.12.10

Top 10 most wanted person by Google Malaysia

  1. Maher Zain ( penyanyi antarabangsa )
  2. Justin Biebier ( penyanyi antarabangsa )
  3. Luna Maya ( artis Indonesia )
  4. Din Beramboi ( pelawak / pelakon / penyampai radio )
  5. Lady Gaga ( penyanyi antarabangsa )
  6. Hanis Zalikha ( model / blogger / pelajar )
  7. Lee Min Ho ( pelakon Korea )
  8. Adam Lambert ( penyanyi antarabangsa )
  9. Siti Nurhaliza ( penyanyi / ahli perniagaan )
  10. Paul Tan ( blogger )

15.12.10

b.u.s.y.


Assalamualaikum semua...
Minggu yang penuh dengan "kesesakan" kepala hotak aku..
Terlalu penat bekerja sampai tak sempat nak update blog.
Minggu ni aku terlalu banyak kerja, mana nak siapkan slide untuk QCC, nak siapkan diri untuk annual dinner syarikat... huiiiiiiiiii....... Memang letih. Badan dah lesu nih..
Malam ni ada annual dinner syarikat..
Esok pulak ada QCC kat MPC BBU.
Lusa aku periksa telinga kat HSI.
Fuhhhh.... memang sibuk memanjang..

11.12.10

BLOGLIST 2011.. SELAMAT DATANG TAHUN BARU



Jom masuk dalam senarai terkini bloglist en.Ben..
Bloglist yang lama telah pun dibubarkan dan digantikan dengan bloglist yang baru.. Jom arrr join sekali denga aku.. heheheheeee.... Boleh sama-sama bertukar ilmu dan pendapat tentang blogging dan juga update tentang isu-isu semasa...

Jalan-jalan



Aku lom tidur lagi ni..
Tengah jalan-jalan kat blog kawan-kawan..
Lama dah aku tak blogwalking tau...
Hari ni baru dapat buat blogwalking, lama pulak tu..
Puas dapat tau cerita terkini u'olls.. =)

10.12.10

PUTRAJAYA





Di Putrajaya semasa cuti Deepavali yang lepas. Jalan-jalan sambil melawat adik kat sana. Pergi berempat - aku, mak dengan adik 2 orang. Pergi pun sebab adik aku pindah masuk kuarters kerajaan, kiranya tengok umah baru dia lah... =)

9.12.10

P.E.N.A.T



Kenapa ni, mata ni kuyu jer..
Hari ni mengantuk sangat-sangat..
Penat kot semalam..
Penatlah sangat.. Penat tengok wayang..
Penat shopping kat Jusco Tebrau..
Tapi serius memang aku tengah mengantuk dan badan pun rasa letih sangat ni..

8.12.10

TV Al-Hijrah



Satu lagi stesen tv milik kerajaan telah dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Stesen tv yang mempertaruhkan ciri-ciri keIslaman untuk tatapan semua generasi masyarakat di Malaysia. Yang pastinya bukan untuk orang Islam sahaja tetapi juga boleh juga ditonton oleh golongan bukan Islam.

Berdakwah melalui media - satu medan komunikasi yang tentunya diharap-harapkan untuk mendidik anak bangsa.

Siaran adalah percuma dan untuk permulaan, siaran tv al-Hijrah boleh didapati di Lembah Klang, Terengganu, JOHOR, Sabah dan Sarawak.

Waktu siaran :
Isnin - Khamis : 3 ptg - 12 tgh mlm
Jumaat - Ahad : 12 tghari - 12 tgh mlm



7.12.10

Testing

Testing... testing...

Cuba update blog guna email..
Update dari msn/hotmail..

6.12.10

Salam Maal Hijrah 1432H


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432..
Tingkatkan amalan dan ketaqwaan kita..
Tingkatkan amal ibadah kita..
Agar mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat..

Artis zaman sekarang!!!!


Tengok sorang artis ni.. comel, cantik, menawannnn.....
Dalam banyak-banyak artis zaman sekarang ni, aku rasa dia ni aku lebih tertarik. Sebabnya, dia selalu pakai baju kurung atau baju kebaya. Kiranya dia ni memartabatkan pakaian kebangsaan lah. Bukan artis-artis lain tak menarik, cuma penampilan dia tu unik, lain dari  yang lain.

First impression aku tentang dia ( Ana Raffali ) - eh unik lah pakaian dia.. =)

Hari terakhir 1431H

Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin..
Salam penuh keberkatan, keindahan, kemurnian..
Melalui hari-hari terakhir dalam tahun 1431H..
Mengimbau kenangan yang tercipta sepanjang tahun hijrah ini..
Rungkaikan segala apa yang tersurat dan tersirat..
Renungkan kesalahan dan kesilapan yang terjadi..
Selidiki kelemahan dan kekurangan diri..
Semua yang terjadi, yang berlaku janganlah disesali..
Sematkan dihati dalam jiwa kita untuk berubah..
Menjadi bertambah baik..
Perbetulkan silap dan salah..
Usah diulangi perkara yang lepas..
Agar kehidupan ini lebih bermakna dan indah..
Agar kehidupan ini membawa barakah bagi diri kita dan kaum keluarga kita..

5.12.10

Kerja Kahwin

Siang tadi aku dengan hubby gi umah orang kawen, kawan sekolah hubby nyer majlis. Seingat aku, bila tiba jer musim cuti sekolah hujung tahun ni, tiap-tiap minggu mesti nak kena pi umah orang kawen. Minggu depan pun ader lagi...


Ari ni nyer majlis aku rasa memang best - makan sedap, souvenir pun menarik.. Tak pernah lagi aku pergi majlis kawen orang bagi sabun mandi dalam beg tau. Kalau dulu-dulu tu orang bagi bunga sabun jer, ari ni aku dapat sebuku sabun Protex. Mula-mula tengok memang tak perasan, bila aku keluarkan isi-perutnya, baru aku perasan. Dalam beg tu ada bunga telur, wajik @ pulut manis, cawan comel & sabun protex. Kiranya sekarang souvenir pengantin zaman sekarang dah pelbagai kan. Zaman makpak kita dulu, dapat telur sebiji pun dah puas, lagi lah sekarang ni, macam-macam aderrrrrr...........

TENSION

Bila hujan jer, line internet ni buat bang***g tau...
Rasa tensi nak surf internet..
Nak blogging dengan fb pon naik malas..
Lambat sangat nak load satu2 page tu..

ishhhhhhhhhhhhh tension aku..

2.12.10

Tag - Tugasan Harian


Kali  ni amik tag dari blog tukang-masak-Hanieliza...
Tag tentang tugasan harian kita yerr..


1) bila kali terakhir anda cuci toilet?
2 ari yang lepas

2) pencuci apa yg anda guna?
Pencuci tandas jenama pasaraya jerrr..
Tesco ker, Giant ker, Jusco ker

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Tak tentu - ikut mood
Kalau rajin 2-3 kali, kalau malas sekali jer seminggu

4) apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Bersihkan kawasan dapur

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Nasi putih + telur goreng kicap

6) minuman selalu anda buat waktu pagi?
Air teh O - bila cuti hujung minggu
Hari bekerja, sediakan air masak jer..

7) sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
Membaca - novel / majalah / suratkhabar

8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
Kepada siapa-siapa yang telah membaca entry ni..
Sekadar untuk memeriahkan dunia tag... ( tiada paksaan yer.. )
Andai ada yang buat, sila link balik ke sini.. =)


p/s : Aku giler tag ker? Ntah tak tau...

1.12.10

Nak pandai masak


Aku kena beli buku ni..
SEBAB aku nak pandai masak-masak kat umah..
Boleh pelbagaikan jenis masakan, taknak lah resepi yang sama jer..
Aku memang tak berapa pandai masak-masak ni, jadinya kenalah rujuk buku dan panduan masakan..
Sekian..

Petrol RON97

KUALA LUMPUR : Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam, Rabu menurut sumber hari ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. - BERNAMA



Sumber : mStar online

Dah bulan Disember lah..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Hari ni dah pun masuk bulan Disember, bulan ke-12 dalam tahun 2010.
Terasa cepat masa berlalu, dah nak sampai ke hujung tahun.
Kiranya ada 30 hari lagi nak sampai ke hujung bulan dan ini juga adalah 30 hari yang terakhir dalam tahun 2010.
Sedihnya nak tinggalkan 2010.
Tahun ni adalah tahun terakhir besday 2 siri, tahun depan dah masuk yang 3 siri.
Ohhh usia makin meningkat, terasa tua diri ini.
Moga-moga di hari-hari terakhir tahun 2010 ini membawa keberkatan dan rahmat kepada diriku dan keluargaku...

:: Blogger