Cantikkan bunga orkid ni.. pic dari google
Assalamualaikumm..
Selamat bekerja ( aku sekarang tengah berehat-rehat... lunch time ) dan mengharungi hari Isnin yang indah lagi mulia ni... Tak mau monday blues yerrr.... No..no..no.....
Apa aktiviti korang masa cuti hujung minggu yang lepas?? Aku dengan hubby mengemas rumah lah... Aktiviti wajib cuti hujung minggu. Selain tu kami pergi menonton wayang dengan beli barang keperluan sekolah untuk adik-adik aku. Kiranya senaman hujung minggu kitorang... hehehhee....
Kami tengok cerita TRON : LEGACY 3D kat TGV Tebrau City. Best arr layan citer ni... Dia punya jalan cerita ok walaupun masa ditayangkan takde sarikata bahasa Melayu. Kiranya cerita terbaik setakat ni yang pernah aku tengok. Aku bagi 4.5/5 bintang... Siapa-siapa yang belum tengok, aku syorkan korang tengok.
Selain tu bawak adik-adik dengan mak aku pergi Giant Plentong ( aku sorang jer, hubby ada janjitemu dengan kawan dia ) beli keperluan sekolah diorang cam baju sekolah, kasut sekolah, alatulis, beg sekolah dan macam-macam lagi... Semua yang berkaitan dengan sekolah... Naik pening beli barang keperluan mereka semua ni, mana nak bandingkan harga lagi..nak carik saiz yang sesuai dengan diorang..yang berkenan dengan tak berkenan...leceh betol... Memang penat layan kerenah adik-adik... At last, dapat carik semua yang bersesuaian dengan diorang... Ni beli barang untuk adik-adik aku, minggu depan beli barang untuk adik ipar pulak...
[ oh yer, keputusan PMR keluar minggu ni.. hoyeeee.... ]
Sambil-sambil tu mak aku beli barang buat kuih dia kat Giant. Dah alang-alang sampai situ, beli sekali. Sudahnya dah malam baru balik dari Giant. Mula kol 4ptg sampai kol 8mlm, dalam 4jam jugak bertapa kat Giant tu... Selalunya pergi pagi, kali ni jer pergi petang sebab pagi semalam mak aku kena jadik kendarat kat umah pengantin... Sekarang ni pun masih rasa sengal dan penat lagi kaki ku. Almaklumlah, 'bersenam' lama sangat kat Giant semalam...
No comments:
Post a Comment