:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.12.15

30 Disember 2015




Hari ni last day kerja untuk tahun 2015 ni.
Esok cuti ganti sempena JDT menang AFC cup aritu (lambat giler nak dapat cuti replacement).
Lusa pulak cuti tahun baru.
Seronok cuti lama-lama....

Minggu depan dah masuk tahun baru, hari baru, bulan baru untuk 2016.

Apa yer yang nak dihajatkan??

Semoga semuanya baik-baik belaka dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

2015 - tahun yang penuh dengan kenangan
2016 - tahun yang pastinya mencabar

Well, hidup mesti diteruskan.
Apa jua rintangan dan cabaran yang melanda mesti diharungi.
Berlapang dada dalam menempuh segala kesulitan.

Yang penting POSITIF.
Insyaallah, akan mudah semuanya.

Colorful

Collage by my son....
So colorful.

29.12.15

Cuti 4 hari

Aktiviti 4 hari lepas semasa cuti panjang :




Khamis (24/12/2015)
- Melepak kat rumah. Sesambil tu kemas-kemas keadaan rumah yang semak-mata-memandang.... hhhahhaahhah...
- Mana dengan kain baju yang tak berlipat. Barang mainan anak-anak yang bersepah... huhu... pitam mak sekejap
- Anak-anak tengok ceramah Maulid kat tv. Berselawat. Tengok kartun jugak..
- Masak untuk makan malam (nasi goreng udang). Pepagi sarap kat mamak.

Jumaat (25/12/2015)
- Bercuti kat rumah sesaja. Ada takpun pergi Tesco Tebaru, makan-makan lepak-lepak. Tesco jiran saya. Sampai dah muak sebab selalu sangat pergi Tesco.
- Masak untuk makan malam (nasi putih + tumis udang + sayur kacang buncis). Tak sarap. Tengahari makan kat Tesco (seee.....Tesco lagi..)

Sabtu (26/12/2015)
- Hasben ajak pergi Zoo Johor. Bawak anak-anak mengenal binatang. Malangnya, zoo tengah renovate so tak banyak binatang yang ada dalam tu.
- Pepagi sarap kat larkin. Makan tengahari kat Galleria@Kotaraya. Ewah... lincah jer dua budak kenit ni berjalan sana sini kat tempat yang luas.
- Tapau makanan kat pizza hut bawak balik rumah. Spaghetti dengan pizza mini.

Ahad (27/12/2015)
- Settlekan apa yang patut sebelum naik keje. Barang anak-anak. Baju-baju kerja saya dan hasben.
- Sempat pegi Mydin. Belikan subang baru untuk si kecik Arissa. Subang hilang sebelah masa mandi hari sebelumnya.
- Masak untuk makan malam (nasi putih dengan sambal sotong).


Dah... tu jer aktiviti saya sepanjang cuti panjang 4 hari yang lepas.
Minggu ni pon cuti panjang lagi 4 hari.
Eloklah, dah hujung-hujung tahun dapat cuti lama-lama di rumah.
Hilangkan stress...

:: Blogger