:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.12.15

Cuti 4 hari

Aktiviti 4 hari lepas semasa cuti panjang :




Khamis (24/12/2015)
- Melepak kat rumah. Sesambil tu kemas-kemas keadaan rumah yang semak-mata-memandang.... hhhahhaahhah...
- Mana dengan kain baju yang tak berlipat. Barang mainan anak-anak yang bersepah... huhu... pitam mak sekejap
- Anak-anak tengok ceramah Maulid kat tv. Berselawat. Tengok kartun jugak..
- Masak untuk makan malam (nasi goreng udang). Pepagi sarap kat mamak.

Jumaat (25/12/2015)
- Bercuti kat rumah sesaja. Ada takpun pergi Tesco Tebaru, makan-makan lepak-lepak. Tesco jiran saya. Sampai dah muak sebab selalu sangat pergi Tesco.
- Masak untuk makan malam (nasi putih + tumis udang + sayur kacang buncis). Tak sarap. Tengahari makan kat Tesco (seee.....Tesco lagi..)

Sabtu (26/12/2015)
- Hasben ajak pergi Zoo Johor. Bawak anak-anak mengenal binatang. Malangnya, zoo tengah renovate so tak banyak binatang yang ada dalam tu.
- Pepagi sarap kat larkin. Makan tengahari kat Galleria@Kotaraya. Ewah... lincah jer dua budak kenit ni berjalan sana sini kat tempat yang luas.
- Tapau makanan kat pizza hut bawak balik rumah. Spaghetti dengan pizza mini.

Ahad (27/12/2015)
- Settlekan apa yang patut sebelum naik keje. Barang anak-anak. Baju-baju kerja saya dan hasben.
- Sempat pegi Mydin. Belikan subang baru untuk si kecik Arissa. Subang hilang sebelah masa mandi hari sebelumnya.
- Masak untuk makan malam (nasi putih dengan sambal sotong).


Dah... tu jer aktiviti saya sepanjang cuti panjang 4 hari yang lepas.
Minggu ni pon cuti panjang lagi 4 hari.
Eloklah, dah hujung-hujung tahun dapat cuti lama-lama di rumah.
Hilangkan stress...

No comments:

:: Blogger