Bilamana orang sekeliling bercerita perihal anak-anak, kita yang mak-mak ni pon akan ikut sembang sama dengan topik diorang tu.
Antaranya:
1- Anak pakai pampers brand apa?
Drypers, Huggies, Petpet.
2- Anak minum susu apa?
Anmum, Dutch Lady - susu tepung.
Goodday - susu kotak.
3- Baju anak-anak beli kat mana? Brand apa?
Saya akan beli baju anak-anak saya mengikut kesesuaian. Takde special brand. Yang sedap mata memandang, selesa dipakai, dengan harga berpatutan. Beli kat mana-mana pun takpe, yang penting selesa pakai.
Saya pernah beli brand Pureen, Tollyjoy, Jbaby, Masterbaby, yang takde brand pun ada...
Saya minat pakaikan anak-anak saya dengan seluar askar. Cantik dan kemas. Beli kat pasar borong, harga sangat berpatutan dan memang ada saiz yang sesuai (anak saya umurnya 3 dan 5 tahun).
4- Barang mandian?
Sebamed - masa si abang baru lahir, badan dia rengsa. So gunakan mandian sebamed untuk dia.
Drypers, Pureen - jenis head to toe. Senang sekali harung dari kepala sampai kaki, syampu dengan sabun badan all in 1.
Pakai yang sesuai dengan kulit mereka. Saya sentiasa sediakan bedak Agnesia yang botol merah tu, gunakan kalau badan diorang kegatalan.
5- Botol susu? Pencuci botol?
Pureen, Tommy Tippee, MAM - botol susu.
Pureen - pencuci botol.
6- Breast pump?
Memula pakai tangan. Lepas tu beli brand UniMOM.
7- Kasut dan selipar / sandal jenis apa?
Kasut eh.. yang mana muat dengan kaki mereka. Terbaru beli kat dalam UO, saiz tepat harga hebat.
8- Mainan
Si abang suka kereta. Banyak dah koleksi dia.
Si adik suka buku. Buku / majalah ayah dia pun, dia akan kata "buku adik"...
9- Gajet
Anak saya takde gajet sendiri, semua pakai makpak punya.
Showing posts with label Ameer Aziz. Show all posts
Showing posts with label Ameer Aziz. Show all posts
23.1.17
22.8.16
Raya
Belek-belek henfon tengok ada gambar ni.
Ini anak-anak saya dengan makcik mereka (sepupu saya).
Mereka berdua ni memang mesra-pengguna.
Mudah mesra dengan orang sekeliling sampai kadangkala saya jadi takut sebab mereka ni "tak takut orang".
Labels:
Ameer Aziz,
Arissa Aziz
30.12.15
17.12.15
Besday boy
~ My Precious Besday Boy ~
17 Disember 2012
My boy genap 3 tahun hari ni.
Eh..rasa cam baru je dia ni lahir.
Tup..tup.. dah 3 tahun rupanya.
Cepatnya membesar.
Terbau-bau lagi bau dia masa baru lahir (sindrom mak-mak).
4 tahun menunggu barulah Ameer lahir.
Anak yang ditunggu-tunggu penyeri rumahtangga kami dan cucu yang dinantikan oleh atok dan nenek.
Kesayangan atok dan nenek sangat ni....
Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu ni.
Semoga membesar dengan sehat dan berjaya dunia dan akhirat.
Saaaaayyyyyyyaaaaannnnngggg Ameer banyak-banyak...muahhh...
Labels:
Ameer Aziz
1.11.14
Mimik muka

Ni Ameer dengan ibu.
Sekarang ni Ameer dah pandai banyak. Bila ajak bergambar mesti dia buat mimik muka.
Ni masa dalam perjalanan ke bandar bulan lepas. Ada je aksi yang nak dibuatnya.
posted from Bloggeroid
Labels:
Ameer Aziz
20.10.14
Pampers dan susu
Shopping... shopping... dan shopping...
Setiap kali nak shopping, mesti pastikan dua benda ni dah ada stok kat rumah.
Kalau takde jangan mimpilah nak beli barang lain.
Pertamanya, pampers.
Jenama Drypers.
Saiz L untuk Ameer.
Saiz M untuk Arissa.
Stok yang mesti mesti yang belum lagi dibuka.
Kalau dah buka @ gunakan, yang tu tak dikira.
Keduanya, susu formula.
Ameer minum Dutch Lady 123 biasa/vanilla.
Yang ni kena ada stok sekurang-kurangnya 2 peket yang 1 kilo tu.
Masa Ameer kecik-kecik dulu, dia minum susu Anmum tu.
Dah masuk setahun setengah, tukar susu.
Cuba susu ni - tengok serasi dengan dia - teruskan je lah.
OK. Bila 2 barang ni dah pasti ada stok kat rumah, barulah boleh nak shopping barang yang lain.
Barang-barang ni pulak biasanya dibeli 2 minggu sekali.
Ada duit lebih, beli sekali banyak.
Duit secukupnya, beli pun semampunyalah.
Tak tergamak nak beli barang lain kalau keperluan anak-anak belum dipenuhi.
Memang nampak remeh.
Tapi kalau tak tetapkan setiap 2 minggu beli barang ni, belum tentu stok yang ada cukup sampai hujung bulan.
Bila nak dekat hujung bulan, duit dah kurang - mana nak carik duit lain beli pampers dengan susu ni...
Dah settle barang Ameer dengan Arissa baru lega.
Labels:
Ameer Aziz,
Arissa Aziz
6.9.14
1 tempat 2 tuan

Nampak tak baby carrier ni?
Tuan pertama - Abang Ameer
Tuan kedua - Adik Arissa
Setahun yang lepas, beli untuk kegunaan Ameer. Gambar bawah.
Setahun lebih juga dia guna carrier ni. Masa beli carrier ni umur dia baru empat bulan. Senang nak bawa jalan-jalan. Senang juga diurus. Letak dalam carrier bagi mainan. Settle. Bagi minum susu pun senang.
Bila Arissa lahir, dah jadi milik dia pulak. Gambar atas.
Awal dua bulan Arissa dah gunakan masa balik kampung raya aritu. Untung adik...
Dia kan kecik lagi, mula-mula tu tak selesa. Lama sikit baru ok.
Masa mula-mula beli terasa macam mahal sangat sangat...
Tapi hubby ada bagitau. Walau beli mahal tapi berbaloi. Boleh guna lama. Anak yang lain pun boleh gunakan juga.
Betulkan..??
Beli mahal tapi tahan lama. Puas hati. Yang penting kena pandai jaga.
Sekarang ni tengah rancang nak beli carseat untuk Ameer pulak. Risau tengok dia tak boleh duduk diam dalam kereta. Ada je benda yang dia nak explore. Tak tenang hati ni.
posted from Bloggeroid
Labels:
Ameer Aziz,
Arissa Aziz
19.9.13
Ameer sudah 9 bulan

Si kecik Ameer Rayyan ni sudah pun berusia 9 bulan pada 17/9 yang lalu.
Perkembangan terbaru,
@dah ada gigi kecik 2 batang. Untuk asah gigi dia tu, mulalah dia gigit sana gigit sini. Mangsa gigitan adalah ibu dan ayah.
@dah mula lepas-lepas tangan nak berjalan sendiri.
@dah pandai makan macam orang besar. Asal nampak orang tengah makan, mesti cepat-cepat datang dekat nak mengecek makan. Suap lah sikit buat rasa. Makan baby-bytes pun dah pandai.
@sekarang suka nak berdukung.
@EBM dah kurang minum. Nak yang direct breastfeed.
@susu formula brand Anmum dah minum sampai 8 oz.
@siang kurang tidur, asyik main je keje dia. Malam tidur awal sebab dah penat.
@baju seluar dah pakai saiz M/L ikut jenis kain. Baju baby dah boleh simpan.
@kesihatan - alhamdulilah memuaskan.
posted from Bloggeroid
Labels:
Ameer Aziz
18.8.13
8 bulan sudah

Alhamdulillah...
Anakanda saya kini telah berusia 8 bulan.
Dia dh pandai dah panjat-panjat, capai itu ini.
Dan ada kemungkinan nak jalan jugak sebab dia dah cuba lepas-lepas tangan masa berdiri.
Sekarang ni kalau ibu dengan ayah nye makan, dah pandai datang dekat mintak di suap.
Suka tengok perkembangan dia.
Semoga anak ibu ni membesar dengan sihat dan kuat.
Taat pada perintah Allah.
Taat pada ibu dan ayah.
Membesar sebagai anak yang soleh..
posted from Bloggeroid
Labels:
Ameer Aziz
29.7.13
Sudah 7 bulan
Si kecik ni dah 7 bulan umur dia.
Rasa macam baru semalam lahirkan dia, arini dah 7 bulan.
Ibu sayang awakkkkkk....


Rasa macam baru semalam lahirkan dia, arini dah 7 bulan.
Ibu sayang awakkkkkk....


posted from Bloggeroid
Labels:
Ameer Aziz
12.1.13
Baby comel
Mempersembahkan baby comel saya...
Nama diberi - AHMAD AMEER RAYYAN BIN ABDUL AZIZ
Tanggal kelahiran - Isnin / 17 Disember 2012
Waktu kelahiran - 5.49 petang
Tempat kelahiran - Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
Kaedah kelahiran - Melalui pembedahan
Labels:
Ameer Aziz,
Family
Subscribe to:
Posts (Atom)


