:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Arissa Aziz. Show all posts
Showing posts with label Arissa Aziz. Show all posts

23.1.17

Perihal anak

Bilamana orang sekeliling bercerita perihal anak-anak, kita yang mak-mak ni pon akan ikut sembang sama dengan topik diorang tu.

Antaranya:

1- Anak pakai pampers brand apa?
Drypers, Huggies, Petpet.

2- Anak minum susu apa?
Anmum, Dutch Lady - susu tepung.
Goodday - susu kotak.

3- Baju anak-anak beli kat mana? Brand apa?
Saya akan beli baju anak-anak saya mengikut kesesuaian. Takde special brand. Yang sedap mata memandang, selesa dipakai, dengan harga berpatutan. Beli kat mana-mana pun takpe, yang penting selesa pakai.

Saya pernah beli brand Pureen, Tollyjoy, Jbaby, Masterbaby, yang takde brand pun ada...

Saya minat pakaikan anak-anak saya dengan seluar askar. Cantik dan kemas. Beli kat pasar borong, harga sangat berpatutan dan memang ada saiz yang sesuai (anak saya umurnya 3 dan 5 tahun).

4- Barang mandian?
Sebamed - masa si abang baru lahir, badan dia rengsa. So gunakan mandian sebamed untuk dia.

Drypers, Pureen - jenis head to toe. Senang sekali harung dari kepala sampai kaki, syampu dengan sabun badan all in 1.

Pakai yang sesuai dengan kulit mereka. Saya sentiasa sediakan bedak Agnesia yang botol merah tu, gunakan kalau badan diorang kegatalan.

5- Botol susu? Pencuci botol?
Pureen, Tommy Tippee, MAM - botol susu.

Pureen - pencuci botol.

6- Breast pump?
Memula pakai tangan. Lepas tu beli brand UniMOM.

7- Kasut dan selipar / sandal jenis apa?
Kasut eh.. yang mana muat dengan kaki mereka. Terbaru beli kat dalam UO, saiz tepat harga hebat.

8- Mainan
Si abang suka kereta. Banyak dah koleksi dia.
Si adik suka buku. Buku / majalah ayah dia pun, dia akan kata "buku adik"...

9- Gajet
Anak saya takde gajet sendiri, semua pakai makpak punya.

22.8.16

Raya


Belek-belek henfon tengok ada gambar ni.
Ini anak-anak saya dengan makcik mereka (sepupu saya).
Mereka berdua ni memang mesra-pengguna.

Mudah mesra dengan orang sekeliling sampai kadangkala saya jadi takut sebab mereka ni "tak takut orang".

27.1.16

Adik


Comel sangat kenit ni...

Adik Arissa masa kat Legoland itu hari.

Teruja dia tengok lego besar-besar.

18.2.15

Anak



Ini anak kedua saya. Perempuan kecil bernama Arissa Nur Jannah.
Nama yang membawa Keazaman/Kekuatan Cahaya Syurga.
Ibu doakan adik menjadi anak yang solehah dunia akhirat...

Ni kejadian malam semalam. Arissa duduk atas perut ayah dia sambil ketawa-ketawa diagah ayah...
Gembira sangat dia. Tak henti ketawa.
Bila dah penat ketawa, datang kat ibu mintak disusukan. Hhmmmm....

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Saya memang kurang sangat bercerita tentang keluarga dalam blog ni sebab :
Pertama = Saya anggap itu rahsia keluarga.
My family = private.
Kedua = Saya tak rajin nak update blog
Dan banyak lagi sebab-sebab lain..

Bukan tak suka tapi lebih kepada berhati-hati. Saya taknak nanti dikata orang terlalu meng-glemer-kan anak/keluarga sendiri. Saya akan upload gambar bila perlu sahaja. Taknak over exposed gambar keluarga banyak sangat. Nanti orang menyampah.

posted from Bloggeroid

20.10.14

Pampers dan susu

Shopping... shopping... dan shopping...
Setiap kali nak shopping, mesti pastikan dua benda ni dah ada stok kat rumah.
Kalau takde jangan mimpilah nak beli barang lain.


Pertamanya, pampers.
Jenama Drypers.
Saiz L untuk Ameer.
Saiz M untuk Arissa.

Stok yang mesti mesti yang belum lagi dibuka.
Kalau dah buka @ gunakan, yang tu tak dikira.


Keduanya, susu formula.
Ameer minum Dutch Lady 123 biasa/vanilla.
Yang ni kena ada stok sekurang-kurangnya 2 peket yang 1 kilo tu.
Masa Ameer kecik-kecik dulu, dia minum susu Anmum tu.
Dah masuk setahun setengah, tukar susu.
Cuba susu ni - tengok serasi dengan dia - teruskan je lah.



OK. Bila 2 barang ni dah pasti ada stok kat rumah, barulah boleh nak shopping barang yang lain.
Barang-barang ni pulak biasanya dibeli 2 minggu sekali.
Ada duit lebih, beli sekali banyak.
Duit secukupnya, beli pun semampunyalah.

Tak tergamak nak beli barang lain kalau keperluan anak-anak belum dipenuhi.
Memang nampak remeh.
Tapi kalau tak tetapkan setiap 2 minggu beli barang ni, belum tentu stok yang ada cukup sampai hujung bulan.
Bila nak dekat hujung bulan, duit dah kurang - mana nak carik duit lain beli pampers dengan susu ni...
Dah settle barang Ameer dengan Arissa baru lega.

6.9.14

1 tempat 2 tuan



Nampak tak baby carrier ni?
Tuan pertama - Abang Ameer
Tuan kedua - Adik Arissa

Setahun yang lepas, beli untuk kegunaan Ameer. Gambar bawah.
Setahun lebih juga dia guna carrier ni. Masa beli carrier ni umur dia baru empat bulan. Senang nak bawa jalan-jalan. Senang juga diurus. Letak dalam carrier bagi mainan. Settle. Bagi minum susu pun senang.

Bila Arissa lahir, dah jadi milik dia pulak. Gambar atas.
Awal dua bulan Arissa dah gunakan masa balik kampung raya aritu. Untung adik...
Dia kan kecik lagi, mula-mula tu tak selesa. Lama sikit baru ok.

Masa mula-mula beli terasa macam mahal sangat sangat...
Tapi hubby ada bagitau. Walau beli mahal tapi berbaloi. Boleh guna lama. Anak yang lain pun boleh gunakan juga.

Betulkan..??
Beli mahal tapi tahan lama. Puas hati. Yang penting kena pandai jaga.

Sekarang ni tengah rancang nak beli carseat untuk Ameer pulak. Risau tengok dia tak boleh duduk diam dalam kereta. Ada je benda yang dia nak explore. Tak tenang hati ni.
posted from Bloggeroid

:: Blogger