:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

26.11.12

Mudah

Dah lama rasanya tak update blog.
Semenjak dah guna smartphone (hadiah dari hubby) + line postpaid, aku dah kurang guna laptop utk online.

Line postpaid amik yang paling murah jer...
Umobile @ RM28++ @ 1Gb / bulan.
Cukuplah nak bersantai di alam maya.
Terasa mudah pulak nak bersosial.


Aplikasi yang selalu guna adalah whatsapp.
Senang nak ber-mesej dengan hubby dan kawan-kawan.
Boleh jimat kredit.


Lagi - guna Instagram.
Dulu-dulu tak tau, sekarang dah tau guna.
Nak upload gambar senang, banyak pilihan untuk edit gambar.
Tu yang dah rasa malas nak update blog sejak guna instagram ni.


Yang ni partner untuk instagram - InstaPicFrame.
Senang guna - masukkan banyak-banyak gambar dalam 1 paparan.
Senang sikit..


Selain tu guna facebook.


Lain-lain main game kat handphone.
Survey2 android market...tu jer...
Setakat ni lom prefer nak update blog guna hp sebab comel sangat.
Almaklum, jari kita ni besar tak sesuai nak touch skrin lelama.

16.11.12

Cekedis

 http://news.mylaunchpad.com.my/blog/fooddiningbm/article/articleid/141775/snek-zaman-kanak-kanak


Jumpa artikel bergambar ni kat maxis/mylaunchpad.
Seingat aku masa kecik-kecik dulu, mende-mende ni semua dipanggil CEKEDIS / JAJAN atau zaman sekarang orang panggil makanan ringan

Masa tu kalau boleh tiap-tiap hari nak makan mende ni.
Jadinya duit belanja sekolah hari-hari mesti kena asingkan sikit nak wat beli cekedis ni.
Paling aku suka Tora dengan Ding Dang sebab dalam tu ada mainan.
Kalau nampak iklan kat tv, esoknya mesti lalu kat kedai runcit beli mende ni.
Kalau tak dapat beli, tunggu bai jual roti lalu depan rumah - beli dengan dia.
Bila dapat beli rasa seronok sangat.

Keropok durian, maruku ikan, mamee - semua tu memang cekedis/jajan paling hangat masa zaman 80an selain tora dengan ding dang.
Pilihan yang ada tu je, jadinya itu jelah yang puas makan.
Sekarang ni bila dah tua-tua, minat dah kurang nak makan mende-mende ni semua.

Budak-budak sekarang aku tengok dah kurang dah makan jajan-jajan ni.
Sebelah mata pun tak pandang agaknya...
Yelah, terlalu banyak pilihan yang lain mana nak tengok yang outdated punya jajan kan...
Tapi sungguh aku kata, zaman 80an memang lain dari yang lain.
Banyak aliran zaman sekarang datangnya dari zaman 80an.

14.11.12

1 Muharam 1434H



Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434.

Lee Chong WEI / WONG Mei Choo wedding photo

Congratulation to both of you..

Lee Chong Wei
&
Wong Mei Choo









p/s : all pic from google

13.11.12

Cuti Deepavali



Selamat menyambut hari Deepavali

Yay... hari ni kita cuti...
Moh ler balik kampung melawat sedara mara..

Selamat bercuti kawan-kawan...
Jangan berlumba di jalan raya tau..

12.11.12

Isnin di opis

Assalamualaikum..
Selamat pagi Isnin.

Hari ni jalan lengang sangat kan... sebab sekolah dah mula bercuti dan orang-orang yang bekerja pun ada yang ambil cuti panjang sempena Deepavali dan Awal Muharam.

Aku...?  Haha..tak ambil cuti pon. Masih setia datang ke opis. Lagi pulak tak lama lagi kan aku nak cuti panjang (cuti bersalin 2 bulan) so kena kerja untuk habiskan kerja-kerja  yang ada.
Taknak nanti aku cuti, ada lagi kerja-kerja yang tak habis.

Tadi dah rehat pagi.. pasni nak kemas meja buat 5S pulak.
Joblist pon tak update lagi.
Tiap-tiap hari Isnin mesti sibuk.
Okeylah... nak sambung balik kerja yang tertangguh tadi.

Google 12/11/12

9.11.12

Terkini tentang JOHOR dari FB

Kesultanan Johor Fb 

"Setiap kali saya datang ke Muar, masalah yang dilihat adalah tahap kebersihan. Bandar Muar adalah bandar utama di Johor. Pembangunannya tidak pesat sehingga ada yang menggelar bandar ini sebagai bandar pencen.

"Muar sesuai untuk golongan yang mahu kedamaian dan ketenteraman. Oleh itu, saya mahu Muar menjadi bandar contoh sebagai bandar bersih dan damai. Dengan ini, sukacita saya isytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja,"

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
5 Feb 2012

MC

Semalam check blood pressure (BP) kat Poliklinik Penawar.
Result tinggi pulak 140/90.
Cuma taklah terkejut sangat sebab minggu lepas masa check kat Klinik Kesihatan memang bacaan dah tinggi 140/90.
Lepas tu repeat bacaan 130/90.
Lepas consult dengan doktor Penawar, dia bagi MC.
So semalam dapatlah rehat satu hari kat rumah.
Tapi sebab hubby risau dengan my blood pressure, petang lepas dia balik kerja, dia ajak lagi pergi klinik untuk check BP.
Bacaan adalah 144/90  --> tengok semakin naik.
Doktor kat Penawar dah bagi nasihat macam-macam kat aku, so ikut jelah.
Harap tak naik tinggi sangat sebab kalau boleh taknak makan ubat darah tinggi ni.


p/s : Pertama kali mengandung, banyak dugaannya..

7.11.12

POPULAR Mega Bookfair


Dari 13 - 25 Nov 2012.

Popular Bookstore adakan jualan mega untuk warga Johor.
Mari ramai-ramai serang Danga City Mall.

13 Nov 12 - hari istimewa untuk pemegang kad Privillage.

Duhai hati



Sabarlah duhai hati..
Setiap musibah/dugaan itu pasti ada hikmahnya..
Tabahkan hatiku menerima dugaan ini..

6.11.12

34 minggu

Usia kandungan saya sudah masuk minggu ke-34.
Ada lagi beberapa minggu sebelum melahirkan.
Badan pun mudah letih.
Buat kerja sikit dah penat.
Tadi pagi pergi periksa tekanan darah di klinik, bacaan adalah 130/90.
Masa minggu lepas, periksa di klinik kesihatan bacaan adalah 130/90 juga.
Ulang bacaan 120/80.
Jadinya doktor di klinik menasihatkan saya supaya cukup rehat agar tekanan darah menjadi stabil
Banyakkan rehat dan jangan buat kerja-kerja berat.
Jangan stress di tempat kerja, jangan terlalu banyak fikir perkara-perkara remeh kerana ianya penyumbang kepada tekanan darah yang tidak stabil

--> OK, saya nak pergi rehatkan badan sebentar yer.. =)
--> 2 hari lagi, saya kena pergi klinik periksa tekanan darah lagi..

5.11.12

472,541 Calon Mula Hadapi SPM (Sumber : mStar)

KUALA LUMPUR: Cuaca cerah di kebanyakan tempat pada sebelah pagi memudahkan perjalanan 472,541 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk ke dewan peperiksaan di seluruh negara bagi menghadapi hari pertama peperiksaan itu.
 
Seramai 24,963 calon SPM di Kuala Lumpur menduduki peperiksaan itu di 218 buah pusat peperiksaan termasuk 32 buah pusat peperiksaan persendirian dalam keadaan cuaca cerah pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan akan berlaku hujan dan ribut petir di hampir keseluruhan kawasan di ibu negara pada sebelah petang.

"Cuaca yang sama dijangka berterusan di Lembah Klang sehingga Ahad ini," kata jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ahmad Kamil Ibrahim berkata, seramai tujuh calon peperiksaan SPM di sini menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan akibat kemalangan, jangkitan paru-paru dan masalah tulang belakang.

Mereka mengambil peperiksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), HospitalRehabilitasi Cheras, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dan Hospital Selayang, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seramai 81 calon Orang Kurang Upaya (OKU) yang pekak, rabun, buta, terencat akal dan lain-lain kecacatan turut menduduki peperiksaan itu di Kuala Lumpur, di sekolah khas, hospital serta sekolah harian biasa dan dikategori sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK).

Katanya, mereka yang dikategorikan sebagai calon CBK itu mempunyai Kad Orang Kurang Upaya dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menduduki sesuatu peperiksaan.
Seramai 472,541 calon mula menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini (Isnin) hingga 6 Disember.

Kertas pertama adalah Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula pada 8 pagi hingga 10.15 pagi Isnin, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 (11 pagi hingga 12.15 tengah hari) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (2 petang hingga 4.3-0 petang).

SPM 2012


Tanggal 5 November 2012 hari ini, bermulanya peperiksaan SPM 2012.

Selamat menduduki perasaan kepada semua calon.

Kepada adik ku & adik ipar ku, sila jawab soalan dengan bersungguh.
Usaha + doa + tawakal.


Good luck.
All the best.

2.11.12

AEON beli CARREFOUR

AEON Ambil Alih Kepentingan Dalam Carrefour M'sia
 - Sumber : mStar


KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan utama Jepun, Aeon Co Ltd, pada Khamis mengumumkan penyelesaian pembelian saham operasi Carrefour Malaysia yang membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen.

Aeon menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100 peratus saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificient Diagraph Sdn Bhd dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam Carrefour Malaysia daripada Carrefour S.A dan anak-anak syarikatnya.

Aeon dalam satu kenyataan menyatakan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi tunai sedia ada dalam tangan.

Aeon Malaysia ialah peruncit ketiga terbesar di Malaysia.

Aeon Asia Sdn Bhd, syarikat baharu yang mengawal dan menyokong Syarikat kumpulan di Asean, akan beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan memulakan operasi hari ini.

Aeon sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak 1984 dan mempunyai 25 kedai barangan umum dan empat pasar raya, menerusi anak syarikatnya Aeon Co. (M)Bhd.

Aeon kini beroperasi di enam negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.

Menerusi Pelan Pengurusan Jangka Sederhana tiga tahun kumpulan itu mulai tahun fiskal 2011 hingga 2013, Aeon melihat "Peralihan ke Pasaran Asia" sebagai usaha penting dalam merealisasikan pertumbuhan di luar pasaran Jepun.

Aeon juga mengumumkan nama korporat Magnificent Diagraph Sdn Bhd, ditukar kepada Aeon BIG (M) Sdn Bhd.

Menerusi pengambilalihan Carrefour Malaysia, Aeon menjadi kumpulan peruncit kedua terbesar di Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Asia, Aeon Co Ltd, Nagahisa Oyama berkata, jumlah pelaburan yang diperuntukkan untuk peluasan perniagaan di Vietnam, Indonesia dan Kamboja berjumlah 30 bilion yen.

Oyama berkata, penyelesaian pengambilalihan Carrefour Malaysia bakal memperlihatkan proses penjenamaan semula, dengan pasar raya dikenali sebagai Aeon Big.

"Kami merancang membuka 100 pasar raya di Malaysia menerusi kumpulan Aeon menjelang 2020," katanya pada taklimat media bagi mengumumkan strategi perniagaan Aeon di Malaysia.

Beliau berkata pengambilalihan Carrefour Malaysia tidak menjejaskan pekerja kerana semuanya akan dikekalkan.

Oyama berkata Carrefour Malaysia akan beroperasi sebagai entiti berasingan daripada Aeon Co (M) Bhd selepas pengambilalihan itu, termasuk jika kedua-dua entiti bekerjasama dalam membangunkan produk bersama.

Aeon Co (M) Bhd di senarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Oyama berkata keuntungan operasi bagi operasinya di Malaysia tahun ini dianggarkan 10 bilion yen.
"Kami akan melakukan strategi pertumbuhan selepas pengambilalihan Carrefour Malaysia. Kami yakin perniagaan Carrefour boleh menguntungkan. Kami percaya prestasi rendahnya disebabkan ia tidak melabur dengan betul," katanya.

Pada 4.20 petang, saham Aeon Co. (M) Bhd susut 18 sen kepada RM12.30. - BERNAMA

:: Blogger