:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts

2.10.15

NYAAM



Anak dah 2 orang baru tau adanya buku ni... Sedih...
NOW YOU ARE A MOTHER - NYAAM

Anyway masih boleh dijadikan bahan bacaan yang berguna.
Baca dari sekarang.
Jangan sampai dah mengandung lagi baru nak baca.. (sayalah tu).

Disyorkan untuk semua mommy-to-be baca buku ni.
Sangat bermanfaat dan berguna.

28.5.15

BIG BAD WOLF JB



JOM PEGI SINI...

BIG BAD WOLF @ Danga City Mall JB

Bermula 28/5/2015 sehingga 7/6/2015

Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam



Jangan lepaskan peluang nak bergelumang dengan buku.
I pon first time ever nak pergi ni...

Teruja sangat nak membeli buku-buku untuk si kecil tersayang.
Nak biasakan mereka dengan buku.

7.3.13

Masa


Semalam pagi kat opis server down, so nak isi masa yang ada kita bacalah buku ni.
Eat That Frog (versi bahasa Melayu) - kategori buku motivasi.

Buku ni kawan saya punya, saya pinjam je.
Tak sempat pon nak habiskan sebab lepas je rehat pagi server dah ok balik.
Jadi sambung buat keje macam biasa.

Rasanya dah gaji nanti nak beli lah.
Boleh simpan untuk koleksi bahan bacaan ilmiah di rumah.
Sebab hajat di hati nak ada mini-library kat rumah nanti.
Takde lah penuh dengan novel je.
Ada tambahan bacaan yang pelbagai.

7.11.12

POPULAR Mega Bookfair


Dari 13 - 25 Nov 2012.

Popular Bookstore adakan jualan mega untuk warga Johor.
Mari ramai-ramai serang Danga City Mall.

13 Nov 12 - hari istimewa untuk pemegang kad Privillage.

11.7.10

Dah sampai umah

Ye, kitorang dah selamat sampai umah dengan selamatnyer... Petang tadi gi umah in-law kat kota masai, jenguk diorang dengan bagi buku-buku sekolah untuk adik ipar. Eh bagi tudung sekali...Aku rasa bulan ni rezki aku murah lahhh, alhamdulillah syukurrr... Nak tau naper? Sebab aku boleh beli beberapa barang-barang yang tak dirancang. Cam selendang, tudung, majalah, buku-buku rujukan, buku-buku latihan, itu ini dan bla.. bla.. bla...

Oh takleh suka-suka sangat.. Kena simpan duit sket untuk kegunaan masa depan kan... Bila yer aku nak simpan sket duit dalam bank? Oh aku tau, kirim kat orang yang pegi bank lah esok... Alamak kena carik dulu buku bank ni, aku dah misplace lah.. Tak ingat kat mana aku letak. Aritu kemas-kemas beg keje, so aku dah kuar dari dalam beg.. tapi tak ingat simpan kat mana... Haishhh dah mula mudah lupa...simpan barang kat tempat yang tak ingat. Bila nak carik semula, tak tau nak mula dari mana... Oiii buku  bank, ko nyorok kat mana ahhhh..... Esok arr carik. Ni nak kemas-kemas barang, esok keje. ZZZzzzzz....

8.7.10

Letih yang gumbira...

Letihnya.. tadi balik keje trus gi angsana, carik buku-buku dan majalah. Beli buku-buku rujukan untuk adik-adik di rumah. Diorang nak peksa taon ni, so me and hubby decide to buy them a books..... Tengok, baik kan kitorang belikan diorang buku-buku pelajaran.... =).... Adik me nak peksa PMR sama juga adik hubby, kira 2 orang lah nak peksa PMR taon ni. Adik ipar me sorang lagi, masuk tingkatan 6 - kami belikan dia buku MUET jer...sebab dia kata buku-buku rujukan lain dah beli kat sekolah, cuma untuk peksa MUET jer yang takder rujukan lagi.....

Then bila dah settle carik buku-buku rujukan, carik majalah pulak untuk kitorang. Sajer beli untuk bahan bacaan di rumah - beli majalah katun dengan majalah hiburan. Tambah 1 lagi, buku kecik sudoku - seronok tau buat sudoku ni... Boleh tajamkan minda dengan cergaskan otak... Nasib baek cousin keje arini, dapatlah diskaun.. Dah beli banyak, harus kena mintak diskaun. Rezki sebab cousin keje kat situ.... =)

Dah siap sumer, makan-makan. Dah makan, balik umah. Sampai umah dekat kol 11 mlm gak.... OK, nak tido dah ni.. Esok keje. Nanti sambung lagi citer tentang buku ni...



p/s : Nanti me upload gambo buku dengan majalah yang betol yer...

:: Blogger