:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.11.11

Mak ajak cuti

Kelmarin mak ajak cuti ke Melaka sempena cuti sekolah ni. Nak bawak adik-adik jalan-jalan Melaka. Lagi pulak, pakcik kat kampung pun nak join sekali so boleh lah bermalam kat sana. Sewa sebuah homestay @ rumah tumpangan yang harga murah-murah, dapat tidur 1 malam pun dah kira OK kan.....

Jumlah yang banyak bila dikongsi beramai-ramai untuk bayar pasti setiap seorang keluarkan perbelanjaan pada kadar yang minimum. Buat masa ni plan untuk 2D 1N sahaja dan kena standby RM 200 untuk duit minyak dan tol. Duit makan sendiri-sendiri.

Biasanya makanan masing-masing sediakan sebelum pergi, jadi duit makan pun kuranglah. Boleh spend untuk beli souvenir...

Ohhh....bulan 12 ni ada cuti Krismas, mungkin boleh kot nak pergi sana.. hehehheeee...


Dah lama tak jalan-jalan kat Melaka, mesti seronok kan.. Kali terakhir pergi Melaka 2 atau 3 tahun lepas. Tu pun meronda dalam A Famosa je. Kali ni nak jalan-jalan kat bandar Melaka - nak tangkap gambar banyak-banyak.



Dan selepas ke Melaka, ada lagi cadangan nak jalan-jalan ke Kuching, Sarawak. Yang ni rancangnya nak bawak mak dengan abah je dulu ke sana. Ada bajet lebih baru bawak adik-adik. Paling awal aku rancang nak pergi antara bulan 3 hingga bulan 6. Dan paling lewat pulak hujung bulan 12 lepas adik no.4 habiskan periksa SPM dia.

Rancang je dulu, jadi tak jadi belakang kira. Duit adalah perkara utama. Bila duit dah cukup baru boleh betul-betul cakap nak pergi. Kalau pun pun orang lain tak dapat pergi, aku dengan hubby je lah yang pergi sebab kami memang dah rancang nak bercuti ke Kuching, Sarawak atau ke Kota Kinabalu, Sabah tahun depan. Rancangan bercuti kami untuk tahun 2012.


Member-member yang dah pergi kata seronok lah jalan-jalan ke Kuching @ Kota Kinabalu ni..


Dan untuk orang yang 1st time pergi sana macam aku ni, ke-terujaan tu dah dirasakan. Memang tak sabar nak naik 'belon' tau..



# Pergi jalan-jalan mesti tangkap gambar banyak-banyak..
# Dan gambar kena print untuk jadikan kenang-kenangan..

2 comments:

lydia said...

g sabah kak aida!!!!

Aidah said...

rasa nakgi semua tempat lyd... dah lama tak gi holiday tau. ke pantai yg dekat2 pun tak pergi. teringat kenangan kita kat desaru dulu..

:: Blogger