:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

1.7.10

Rezki lebihhhh.... Menang besar....


Apa nak buat.. Gaji dah masuk..
Malam tadi dapat lah tengok wayang.... Sangat seronokkk....
( sila nyanyi cara Ali Mamak )


Yayyy gaji masuk jugak akhirnya..... Tak sabor nak tengok movie... Jom tengok 'Karate Kids'. Member sumer cakap citer ni best. Penuh dengan aksi, ada gak babak touching dalam citer... Nak dijadikan citer, balik keje semalam trus ajak hubby pi tgv tebrau - ajak dia tengok wayang... Naseb ada kosong lagi, dapat lah tengok walaupon tiket kol 10 lebih.... Lama tu nak merasa tengok wayang nih.. hihihi.... Nanti me review kat entry seterusnya lah..



Apa lain-lain perancangan nihhh... Banyak sangat benda dengan hutang2 nak kena bayor... Dah settle sumer hutang, barulah lega hati ni. Duit lebih simpan dalam tabung yer tuan-puannnn... Oh barang penting ialah nak beli barang dapor. Ni mustahak nih, stok barang2 dah makin 'tipis'. Kena le stock-up. Kalau idak, susah nak mula sessi masak-memasak. Sekarang kena semakin berjimat, sebab dah der planning baekkk punya nih... Nak kumpul duit banyak-banyak...

Lagi, nak beli seterika baru.. (perlu ker?) sebab seterika yang dok ada nih dah buat problem. Bila on taknak panas, dah takleh nak gosok baju nak2 my baju keje. Sudah nyer kena bawak baju keje tu ker opis gosok kat sana pulak. Itu pon sebab member de tinggal seterika dia, dapatlah lah minjam.... Weekend ni nak pi antor kat bengkel letrik, tengok apa yang rosak. Kalau dah memang kondem, terpaksa jugak kuar duit beli yang baruuu... huhuhuhu.....



Lain-lain nak beli kek coklat kegemaran yang kat Secret Recipe tu - chocolate indulgence dengan stawberry chocolate. Kali ni rasa nak beli dua-dua ni skali, kongsi dengan hubby. Eeeiiiii memang nikmat ler makan kek ni. Sedap tak terkata.... Tapi kena ler menahan yang tiap bulan boleh makan max 1x jer sebulan, takleh makan selalu. Boleh kopak dompet.

Dan lagi, nak dapatkan gelas kaca mcD - nak cukupkan 6 unit. La ni de 4 unit jerrr. Minggu lepas takgi mcD, minggu ni baru nak pegi. Ntah de lagi ntah idak. Kalau ada me nak rembat 1 yang warna biru dan 1 yang terkini. Bila dah cukup sumer, boleh ler tayang2 dengan opismate.... =)

Dan mungkin yang akhir, nak beli majalah. Tengok kat kedai-kedai tu yang bulan 7 nyer keluaran banyak yang menarik - tarikan dari cover depan majalah. Dah dapat rasa beli lebih dari 5 majalah ni, tambah lagi dengan majalah untuk adik-adik. Depa sumer nak peksa besar taon nih....adik dengan adik ipar amik peksa PMR. Adik me yang kecik darjah 5 tapi dia dah mula wat latihan yang de dalam majalah ala pendidikan sebagai persediaan tuk UPSR taon depan. Orang nak belajar, kita kena sokong. Setakat majalah yang harga kurang rm5 tu, masih OK kan nak beli sebulan sekali. Moga-moga semua adik-adik dapat keputusan peksa yang cemerlang....



p/s : Tak kedekut duit untuk dapatkan ilmu

No comments:

:: Blogger