:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.10.18

Google 30 Oct 2018


HALLOWEEN 2018

4.10.18

Huawei

Welcome to the house my new henfon.

Alkisahnya, tak berniat pun nak beli henfon baru. Tapi disebabkan henfon hasben yang sedia ada dah makin tak ok, so terpaksa beli henfon baru.
So inilah dia Huawei P20.

Image result for huawei p20 pink gold

########################

Kronologi henfon
Hasben > Blackberry, after certain time henfon ni rosak
Mine > Samsung Wonder

Hasben > beli Samsung Galaxy A7
Mine > Samsung Wonder, bateri problem > Samsung Tab

Hasben > beli Samsung Galaxy A7 > beli Note 2 second hand sebab nak guna note pen
Mine > Samsung Wonder tak digunakan > Hasben pass Samsung Galaxy A7 untuk guna (2 tahun lebih guna ni, best!!)

Hasben > Samsung Note 2, usb port problem > request nak guna semula Samsung Galaxy A7 dia tu
Mine > dapat Huawei P20 yang baru =)

########################

Hehehe...semoga bertahan lah huawei ni.

I pilih huawei ni sebab nakkan kamera leica tu. So gambar takyah nak edit banyak sangat.

24.9.18

Google 24/9/2018



Mid Autumn Festival 2018

10.5.18

Parti yang bertanding



PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA

PARTI AMANAH NEGARA

GAGASAN SEJAHTERA

PAKATAN RAKYAT

BARISAN NASIONAL

DAP

BEBAS

PRU-14

So hari ini, 11.5.2018 hari pertama kita rakyat Malaysia bersama dengan pemimpin baru.

Azam baru. Tekad baru.

Semoga segala manifesto yang diwar-warkan dipenuhi dan ditunaikan. Janji dipenuhi.

Rakyat sedang bangkit, memilih pucuk pimpinan baru yang "kalau boleh" 0 / zero korupsi.


p/s : My personal think, kami bukan tak suka pimpinan-lama cuma kami tak suka pemimpin yang korup dan makan duit rakyat.

9.5.18

PRU 14



PRU-14

10. 5. 2018

Rakyat Memilih.

13.4.18

AMBIVERT




Anda seorang Ambivert! 
 
Anda berada di tengah-tengah spektrum antara Introvert dan Extravert. Tidak berat ke mana-mana, menjadikan anda seimbang dan mampu membina hubungan baik dengan kedua-dua mereka. 
 
Anda boleh berada dalam suasana sosial yang ramai orang dan berinteraksi dengan mereka, tetapi mestilah ada orang yang anda kenali di situ. Malah apabila anda luangkan masa terlalu lama di situ, anda mudah lesu dan akan mula mencari-cari ruang untuk berseorangan diri tanpa ada sesiapa. 
 
Anda mampu untuk seimbang dalam interaksi sosial. Apabila bersosial yang bising, anda mampu menjadi pendengar yang baik. Apabila bersosial dengan orang yang pendiam, anda mampu menjadi pengisi perbualan yang baik. 
 
Anda seronok berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru, asalkan ketika bertemu itu anda ditemani oleh seseorang yang anda memang sudah kenal. 
 
Anda suka keluar rumah, tetapi ia bukan bermaksud anda suka bertemu dengan orang asing. Anda suka luangkan masa dengan diri sendiri, sama seperti anda suka luangkan masa dengan kawan (asalkan tidak melebihi 5-6 orang) 
 
Apabila anda membaca karakteristik Introvert, anda rasa seperti anda Introvert. Apabila anda membaca mengenai Extravert pula, pun anda dapat rasa itu diri anda. Kawan-kawan anda ada yang kata anda Introvert, ada juga kawan lain yang kata anda Extravert. Ini bermaksud, anda di tengah-tengah! 
 
------------------------------------------------------
 
Teruskan mengikuti perkongsian berkenaan Psikologi: 
(Di Telegram Channel ada episod khas yang dinamakan The AP Voice, iaitu perkongsian berbentuk Audio yang tidak dikongsikan di mana-mana platform lain selain Telegram Channel itu) 
Sebarang jemputan program, forum, bengkel atau seumpamanya yang berkaitan Psikologi, emel ke aiman.psikologis@gmail.com


####################################################################################

Saya baru je amik test online berkenaan psikologi.
Yang atas ni hasilnya.

Saya tergolong dalam Ambivert iaitu 50% introvert + 50% ekstravert.



Love;
Aidah

9.4.18

Sukan Komanwel 2018


16.3.18

Melancong / Bercuti / Family trip

Rancangan bercuti sentiasa ada setiap tahun. Cuma ada yang tercapai dan tidak tercapai.

2016
a) Trip ke Legoland Malaysia
b) Trip ke Zoo Johor

2017
a) Trip ke Legoland Malaysia
b) Bercuti ke Pulau Tioman  => tak tercapai

2018
a) Bercuti ke Pulau Tioman
b) Bercuti ke Sabah
c) Umrah
d) Trip ke Muzium Angkatan Tentera, Pekan, Pahang
e) Trip ke Crocodile Sanctuary, Pasir Gudang
f) Bercuti ke Langkawi
g) Island hopping Mersing
i) Trip ke Zoo Johor
j) Trip ke Legoland Malaysia

13.3.18

Pening

Hakak-haka adik-adik manis...

Kalau nak bergaduh bertumbuk tarik-tarik rambut tu silalah pergi jauh. Takyah tunjuk sangat kat whatsapp story.

Pening i baca diknon.

Si A cakap si B, si B kata si A balik. Ada pulak mencelah si C.
Berulang cycle yang sama, at the end tak selesai.

9.3.18

Hari Wanita



Hari Wanita Sedunia.

Bukan 1 hari saje iaitu semalam.
Tiap-tiap hari pun hari wanita.
Tiap-tiap hari buat kerja rumah waima wanita bekerja atau surirumah.
Kerja yang takkan habis 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kerja hakiki.

Kalau tutup mata terus, itu baru berhenti bekerja.

2.3.18

Sanggah

Disanggah dan menyanggah.

Kamu pilih yang mana?

Sama juga dengan kalau diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Yang mana?


Tentukan pilihan anda kerana itu menjadi penentu aras untuk ke tahap seteruanya.

23.2.18

Hupdate

Apa yang belum hupdate??

1- Site seeing ke Kelantan-Terengganu-Pahang-Mersing

2- Sesi persekolah anak sulung, bang Nameer

3- Majlis kahwen di Perak


Ancient story:

4- Company Annual Dinner 2017

5- Company service award 10 years


Love,
Aidah

Janji

Berjanji pada diri sendiri untuk sentiasa update blog ini tetapi janji tinggal janji.

Anak yang sulung telah masuk 2 bulan bersekolah pra.

Masih juga belum update tentang aktiviti persekolahan dia.

Apalah ibu dia ni...

Mood......sila datang dengan segera.

Banyak yang hendak dirungkaikan.


Love,
Aidah

Handphone

Henfon di tangan masih ada lagi. Masih boleh digunapakai.

Tapi hati inginkan yang lebih selari dengan jiwa - kamera yang menarik akan jadikan gambar yang cantik, lajunya RAM akan jadikan fungsi henfon lebih bagus, storan yang besar menajdikan lebih banyak item boleh dipadatkan.

Namun bajet di tangan masih tiada. Masih banyak keperluan lain yang perlu diselesaikan, perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.

Saya bukan gajet freak.

Henfon terkini yang saya beli adalah pada awal tahun 2012 sebelum anak pertama dilahirkan. Iaitu hampir 5 tahun yang dulu. Dan kini seakan sudah rosak.

Kemudian saya beli samsung tab tetapi macam tidak kena dijiwa sebab fungsi kamera tidak memuaskan dan saya jadikan tab itu bahan belajar untuk anak saya. Dan saya juga tidak menanggap tab itu sebagai henfon.

Kemudian hasben menggantikan henfon-seakan-rosak itu dengan henfonnya kepada saya dan dia beli henfon terpakai yang lain. Hasben mahu gunakan fungsi note jadi dia beli yang murah sahaja.

Jadinya sampai sekarang saya guna henfon dia samsung a7 tahun 2014.

Jimat tapi hati masih meminta untuk yang lebih sesuai dan selari dengan jiwa.


Love,
Aidah

H I D U P

Hidup ini kita yang corakkan.

Semuanya terpulang pada kita.

Pilihan di tangan kita.

Pilih bahagia, suka, duka, gelisah, diam, hening, syahdu, rindu - semua kita yang tentukan.

Positif diri.

Tak perlu lemah, urus sehabis baik.

Reda Allah dan ibubapa serta pasangan.

Keluarga bahagia.


Love,
Aidah

:: Blogger