:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

23.2.18

Handphone

Henfon di tangan masih ada lagi. Masih boleh digunapakai.

Tapi hati inginkan yang lebih selari dengan jiwa - kamera yang menarik akan jadikan gambar yang cantik, lajunya RAM akan jadikan fungsi henfon lebih bagus, storan yang besar menajdikan lebih banyak item boleh dipadatkan.

Namun bajet di tangan masih tiada. Masih banyak keperluan lain yang perlu diselesaikan, perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.

Saya bukan gajet freak.

Henfon terkini yang saya beli adalah pada awal tahun 2012 sebelum anak pertama dilahirkan. Iaitu hampir 5 tahun yang dulu. Dan kini seakan sudah rosak.

Kemudian saya beli samsung tab tetapi macam tidak kena dijiwa sebab fungsi kamera tidak memuaskan dan saya jadikan tab itu bahan belajar untuk anak saya. Dan saya juga tidak menanggap tab itu sebagai henfon.

Kemudian hasben menggantikan henfon-seakan-rosak itu dengan henfonnya kepada saya dan dia beli henfon terpakai yang lain. Hasben mahu gunakan fungsi note jadi dia beli yang murah sahaja.

Jadinya sampai sekarang saya guna henfon dia samsung a7 tahun 2014.

Jimat tapi hati masih meminta untuk yang lebih sesuai dan selari dengan jiwa.


Love,
Aidah

No comments:

:: Blogger