Anda seorang Ambivert!
Anda berada di tengah-tengah spektrum antara Introvert dan Extravert. Tidak berat ke mana-mana, menjadikan anda seimbang dan mampu membina hubungan baik dengan kedua-dua mereka.
Anda boleh berada dalam suasana sosial yang ramai orang dan berinteraksi dengan mereka, tetapi mestilah ada orang yang anda kenali di situ. Malah apabila anda luangkan masa terlalu lama di situ, anda mudah lesu dan akan mula mencari-cari ruang untuk berseorangan diri tanpa ada sesiapa.
Anda mampu untuk seimbang dalam interaksi sosial. Apabila bersosial yang bising, anda mampu menjadi pendengar yang baik. Apabila bersosial dengan orang yang pendiam, anda mampu menjadi pengisi perbualan yang baik.
Anda seronok berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru, asalkan ketika bertemu itu anda ditemani oleh seseorang yang anda memang sudah kenal.
Anda suka keluar rumah, tetapi ia bukan bermaksud anda suka bertemu dengan orang asing. Anda suka luangkan masa dengan diri sendiri, sama seperti anda suka luangkan masa dengan kawan (asalkan tidak melebihi 5-6 orang)
Apabila anda membaca karakteristik Introvert, anda rasa seperti anda Introvert. Apabila anda membaca mengenai Extravert pula, pun anda dapat rasa itu diri anda. Kawan-kawan anda ada yang kata anda Introvert, ada juga kawan lain yang kata anda Extravert. Ini bermaksud, anda di tengah-tengah!
------------------------------------------------------
Teruskan mengikuti perkongsian berkenaan Psikologi:
Facebook: https://www.facebook.com/AimanPsikologis
Twitter: https://twitter.com/aimanamri
Website: https://aimanpsikologis.com/
Telegram: https://telegram.me/AimanPsikologis
(Di Telegram Channel ada episod khas yang dinamakan The AP Voice, iaitu perkongsian berbentuk Audio yang tidak dikongsikan di mana-mana platform lain selain Telegram Channel itu)
Sebarang jemputan program, forum, bengkel atau seumpamanya yang berkaitan Psikologi, emel ke aiman.psikologis@gmail.com
####################################################################################
Saya baru je amik test online berkenaan psikologi.
Yang atas ni hasilnya.
Saya tergolong dalam Ambivert iaitu 50% introvert + 50% ekstravert.
Love;
Aidah
No comments:
Post a Comment