:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

11.3.16

Update...




Saya bukan seorang yang rajin menulis. Apatah lagi di dalam blog.
Nak update blog tetiap hari pun rasanya tak mungkin. Lagi lah nak tulis dairi.
Dalam henfon saya ada apps yang macam dairi tu, itupun kadang-kadang lupa update.
Haisshhh.... terukkan saya.

Terkadang tu saya ada banyak idea untuk dicurah diluahkan tapi tak tahu nak salurkan ke mana. Hilang macam tu sahaja.
Bila dah hilang lupa, memang terus lupa lah...
Beberapa ketika baru datang balik ingatan yang hilang tu, dan mood untuk menulis atau update di blog dah tiada. End.

Sekarang anak dah 2 orang, saya dah kurang masa untuk "me-time".
So mana yang sempat, mana yang ingat akan saya update dalam ig sahaja.
Nak main game dalam henfon pun takde masa (what the...)
Apa yang sedikit sempat adalah membaca.
Banyak buku-buku yang saya dah beli tapi belum sempat untuk dibaca.
Adalah dalam 10++ bukunya.
Makan masa berbulan juga untuk menghabiskannya.

Keletah anak-anak pun simpan dalam henfon sahaja.
Saya belum berani untuk pamerkan ahli keluarga saya banyak-banyak dalam media sosial.
End.

#jangankecamsaya

No comments:

:: Blogger