Sinopsis Kung Fu Panda 3 --> Dari sini
Film animasi berjudul “Kung Fu Panda 3” ini merupakan film yang kembali bercerita tentang kelanjutan dari petualangan legendaris yang menakjubkan si Panda Po.
==============
Dah lama sangat tak tengok wayang...
Jadinya hujung minggu lepas saya dengan hasben bawak anak-anak pegi tengok wayang cerita Kung Fu Panda 3 (yg no.2 pon tak tengok...bhahahhaha...).
Beli tiket kat Today's Seri Alam - 2 tiket untuk dewasa dan 1 tiket kanak-kanak untuk abang. Adik sebab umur bawah 3 tahun, tak perlukan tiket.
1st time tengok wayang dengan anak kecil, banyak karenahnya.
Cabaran utama adalah nak pastikan mereka berdua ni sentiasa duduk diam.
Setengah jam pertama - OK, mereka berdua sangat behave.
Masuk 1 jam dah mula gelisah. Yang abang mula-mula seronok tengok dan bercerita. Lepas tu kejap bangun kejap duduk. Yang adik dah mula nak merayap. Sebab adik dipangku, jadi nak turun ke bawah.
Masuk 1 jam 30 minit, dua beradik ni dah tak tahan mengantuk. Diorang tido. Tak tengok pun wayang sampai habis. Bangun bila cerita dah habis... =(
Nasib wayang ni cuma 2 jam 30 minit jer.. kalau panjang lagi sahih diorang tido dengan nyenyak dalam panggung tu.
Adoyaiii....banyak sangat karenahnya. Tapi saya dengan hasben rasa seronok sebab dapat luangkan masa dengan anak-anak.
Note:
1) Saya tak suka keadaan wayang yang telalu sesak, so wayang di sini amat sesuai, sederhana sahaja. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
2) Sistem bunyi juga amat bagus. Tidaklah terlalu bergema macam yang Dolby-Surround tu.
3) Pengcahayaan juga baik, dikawal dengan baik semasa wayang dimainkan.
4) Pekerja bagus.
No comments:
Post a Comment