Selalu befikir, kerja teruk-teruk apa dapatnya??
Dapat pegang duit sendiri.
Berkawan di tempat kerja.
Boleh beli baju, buku, barang-barang anak..
Boleh bantu keluarga.
Dapat makan yang sedap-sedap.
Beli rumah, kereta, henfon.
Banyak lagi lah...
Lagi pulak, syarikat tempat saya bekerja menjaga kebajikan pekerjanya.
Tiap-tiap tahun ada kenaikan gaji, ada bonus, annual dinner.
Ada kenaikan pangkat bagi yang layak.
Cukup 5, 10, 15, 20 tahun bekerja - dapat penghargaan.
Untung kan...
Yang penting kena ikhlas dan sabar dalam bekerja.
Setiap pekerjaan yang kita lakukan, ada balasan terbaik di penghujungnya.