:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

26.7.15

Strong

Repost from fb/drbilalphilip




Pesanan buat diri sendiri.
Jangan ada pula yang terasa hati.
Sekadar pesanan juga buat semua.

posted from Bloggeroid

21.7.15

Raya..raya



Raya ke-5.
Dah selamat beraya, hari ni kita masuk ofis buat kerja pulak yer..
Bila check email, berlambak request masuk dari salesman.
Huh jenuh nak layan satu persatu.
Partner pulak tengah cuti lagi, sensorang la kita berkoje yeh..


Mood raya tak hilang lagi nih!!

2015

14.7.15

Raya

Mood raya dah semakin menebaĺ.
Ramai yang dah pulang ke kampung halaman?
Sila hati-hati ketika memandu.

Kampung saya dekat jek.
Pontian dan Batu pahat - kampung halaman atok perempuan saya.
Rumah family pun dekat.
Esok lusa baru bertolak.


SELAMAT HARI RAYA...

posted from Bloggeroid

Google 14/7/2015

1.7.15

Ten day you challenge - SEVEN Wants

10 days YOU challenge


Apa dia kemahuan dan kehendak saya??


Satu. Pergi umrah dan haji. Belum terlaksana lagi sebab baru mula menabung.

Dua. Anak. Ada dah - 2 orang. Alhamdulillah...

Tiga. Rumah sendiri. Berkah bulan Ramadan tahun ni, saya dapat beli rumah sendiri selepas 7 tahun menyewa (tahun menyewa sama dengan anniversary kawen..). Sekarang tengah settle-kan urusan jual beli dan tunggu dapat kunci rumah.

Empat. Melancong.

Lima. Makan sedap.

Enam. Driving license. Yang ni baru nak daftar. Huhuhu...saya ni penakut di jalan raya. Tapi kena gagahkan juga ambil lesen kereta. Susah bila hasben outstation, takde sape nak hantar pergi kerja.

Tujuh. Habiskan hutang dengan cepat. Sedang diusahakan.

Ten day you challenge - THREE Films

10 days YOU challenge


Tiga filem kegemaran.


Satu. Semua filem yang hero dia P. Ramlee, saya suka.

Dua. Filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Bukit Kepong.

Tiga. Ali Setan 1 & 2.


Ni semua filem-filem feveret saya.
Walau tv2 tu selalu ulang tayang filem P. Ramlee, saya mesti tengok.
Suka sangggaaaattt....
DVD pun ada jugak.

Filem Ali Setan tu ada yang no.1 jek.
Kirim kawan beli kat KL.
Masa tu masih belajo kat UUM lagi.
Sampai sekarang ada lagi.

Ten day you challenge - TEN Secrets

10 days YOU challenge


Rahsia??

Jangan kata se-10.

Satu pun belum tentu ada. Rahsia yang tak rahsia sangat...

So untuk 10 rahsia ni, takde list. Okey..

Ten day you challenge - NINE Loves

10 days YOU challenge


Sembilan ke-Cinta-an.. Tak semestinya cinta manusia boleh juga pada benda/perkara lain..
List bawah ni bukan cinta sangat lebih kepada kesukaan.


Satu. Semestinya cinta pada keluarga.

Dua. Kekasih hati saya, my hasben.

Tiga. Warna ungu/purple.

Empat. Fridge magnet.

Lima. Saya suka membaca. Suratkhabar, buku, novel, majalah.

Enam. Saya suka game. Angry bird. Candy crush. Super Mario etc..

Tujuh. Mandi air terjun/sungai. Sejuk dan mendamaikan.

Lapan. Muzik. Untuk ketenangan.

Sembilan. ??

Ten day you challenge - FIVE Foods

10 days YOU challenge


Saya suka makan. Jadi bila ada makanan terhidang depan mata, pasti saya rasa.


Satu. Laksa Johor. All time feveret. Cara saya makan - spaghetti dengan kuah laksa sahaja. Bahan-bahan sampingan tak perlu sangat. Kalau pon ada, tambah sikit sambal belacan dan perahan air limau. Itu je...

Dua. Mee bandung.

Tiga. Beriyani kambing. Apa-apa makanan yang ada kambing - saya makan. Minggu sebelum puasa tu dapat makan nasi beriyani yang masak sekali dengan daging kambing. Sedap sangat..

Empat. Ayam goreng.

Lima. Seafood. Paling suka sotong dengan kupang.


Tambah sikit lagi..

Enam. Kuih-muih. Suka tepung pelita, seri muka, cara berlauk, donut... haishh banyak lah...

Tujuh. Bubur atau pengat. Suka sangat bubur pisang letak sagu biji tu. Bertambah bila makan.

Ten day you challenge - SIX Places

10 days YOU challenge


6 tempat menarik yang saya suka dan ingin dilawati.


Pertama. Mekah dan Madinah. Tempat suci yang paling ingin pergi. Tengah kumpul duit sikit-sikit ni nak pergi sana.

Kedua. Pulau Tioman. Sebab air lautnya yang jernih dan pasir pantai yang memutih.

Ketiga. 
Pulau Langkawi. Suka dengan pemandangannya.

Keempat. Istanbul.

Kelima. Bercuti ke Sabah.

Keenam. Nak pergi Korea atau Jepun.

:: Blogger