:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Blog_challenge_2015-1. Show all posts
Showing posts with label Blog_challenge_2015-1. Show all posts

10.8.15

Ten day you challenge - FOUR Books

10 days YOU challenge


Buku...
Banyak sangat buku-buku yang saya suka  ni.


Satu. Buku motivasi. Antaranya Eat That Frog, Women from Mars Men from Venus etc..
Buku Robert T. Kiyosaki pun ada baca jugaklah..

Dua. Novel Andai Itu Takdirnya. Memula tu pinjam baca yang kawan punya. Tapi tak puas hati. Cari kat kedai buku online, beli sendiri.

Tiga. Lagenda Budak Setan. Masa sekolah dulu, novel ni ada pecahan 1, 2 dan 3. Dah besar ni pulak, novel yang 3 tu digabung menjadi 1 novel yang tebal. Tapi cerita dalam tu dah diolah sikit. Tak macam yang original. Tak berkesempatan nak beli untuk koleksi. Pon dapat pinjam baca yang kawan.

Empat. Inspired books. Antaranya Puisi Tepi Jalan (Fynn Jamal) dan DIAnogsis (nukilan sang doktor).

1.7.15

Ten day you challenge - SEVEN Wants

10 days YOU challenge


Apa dia kemahuan dan kehendak saya??


Satu. Pergi umrah dan haji. Belum terlaksana lagi sebab baru mula menabung.

Dua. Anak. Ada dah - 2 orang. Alhamdulillah...

Tiga. Rumah sendiri. Berkah bulan Ramadan tahun ni, saya dapat beli rumah sendiri selepas 7 tahun menyewa (tahun menyewa sama dengan anniversary kawen..). Sekarang tengah settle-kan urusan jual beli dan tunggu dapat kunci rumah.

Empat. Melancong.

Lima. Makan sedap.

Enam. Driving license. Yang ni baru nak daftar. Huhuhu...saya ni penakut di jalan raya. Tapi kena gagahkan juga ambil lesen kereta. Susah bila hasben outstation, takde sape nak hantar pergi kerja.

Tujuh. Habiskan hutang dengan cepat. Sedang diusahakan.

Ten day you challenge - THREE Films

10 days YOU challenge


Tiga filem kegemaran.


Satu. Semua filem yang hero dia P. Ramlee, saya suka.

Dua. Filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Bukit Kepong.

Tiga. Ali Setan 1 & 2.


Ni semua filem-filem feveret saya.
Walau tv2 tu selalu ulang tayang filem P. Ramlee, saya mesti tengok.
Suka sangggaaaattt....
DVD pun ada jugak.

Filem Ali Setan tu ada yang no.1 jek.
Kirim kawan beli kat KL.
Masa tu masih belajo kat UUM lagi.
Sampai sekarang ada lagi.

Ten day you challenge - TEN Secrets

10 days YOU challenge


Rahsia??

Jangan kata se-10.

Satu pun belum tentu ada. Rahsia yang tak rahsia sangat...

So untuk 10 rahsia ni, takde list. Okey..

Ten day you challenge - NINE Loves

10 days YOU challenge


Sembilan ke-Cinta-an.. Tak semestinya cinta manusia boleh juga pada benda/perkara lain..
List bawah ni bukan cinta sangat lebih kepada kesukaan.


Satu. Semestinya cinta pada keluarga.

Dua. Kekasih hati saya, my hasben.

Tiga. Warna ungu/purple.

Empat. Fridge magnet.

Lima. Saya suka membaca. Suratkhabar, buku, novel, majalah.

Enam. Saya suka game. Angry bird. Candy crush. Super Mario etc..

Tujuh. Mandi air terjun/sungai. Sejuk dan mendamaikan.

Lapan. Muzik. Untuk ketenangan.

Sembilan. ??

Ten day you challenge - FIVE Foods

10 days YOU challenge


Saya suka makan. Jadi bila ada makanan terhidang depan mata, pasti saya rasa.


Satu. Laksa Johor. All time feveret. Cara saya makan - spaghetti dengan kuah laksa sahaja. Bahan-bahan sampingan tak perlu sangat. Kalau pon ada, tambah sikit sambal belacan dan perahan air limau. Itu je...

Dua. Mee bandung.

Tiga. Beriyani kambing. Apa-apa makanan yang ada kambing - saya makan. Minggu sebelum puasa tu dapat makan nasi beriyani yang masak sekali dengan daging kambing. Sedap sangat..

Empat. Ayam goreng.

Lima. Seafood. Paling suka sotong dengan kupang.


Tambah sikit lagi..

Enam. Kuih-muih. Suka tepung pelita, seri muka, cara berlauk, donut... haishh banyak lah...

Tujuh. Bubur atau pengat. Suka sangat bubur pisang letak sagu biji tu. Bertambah bila makan.

Ten day you challenge - SIX Places

10 days YOU challenge


6 tempat menarik yang saya suka dan ingin dilawati.


Pertama. Mekah dan Madinah. Tempat suci yang paling ingin pergi. Tengah kumpul duit sikit-sikit ni nak pergi sana.

Kedua. Pulau Tioman. Sebab air lautnya yang jernih dan pasir pantai yang memutih.

Ketiga. 
Pulau Langkawi. Suka dengan pemandangannya.

Keempat. Istanbul.

Kelima. Bercuti ke Sabah.

Keenam. Nak pergi Korea atau Jepun.

30.6.15

Ten day you challenge - TWO Songs

10 days YOU challenge


Dua lagu yang menggamit kenangan saya.


Pertama. As long as you love me - Backstreet Boys
Ni dedicated dari hasben buat saya.

Kedua. Semua lagu-lagu raya yang old version (lagu raya baru kurang minat....)
Tiap-tiap tahun abah saya akan mainkan lagu raya yang lama-lama tu sambil cerita lah tentang puasa ke, penyanyi nye ke... atau apa-apa lah yang berkaitan dengan puasa dan raya.

17.6.15

Challenge time




Ok...dah sampai masa untuk cabaran blogging diri sendiri.
Dah lama ada blog tapi rasa kurang bagus.... sebabnya takde post hari-hari (itu saya, orang lain saya tak tahu yer...)

So tadi menerjah mr.Google dan berjumpalah dengan cabaran di bawah ini.
Terima kasih kepada tuan_punya_cabaran_yang_saya_tak_kenali itu...

Jadinya...saya dengan ini mencabar diri sendiri untuk mulakan cabaran ber-blog mulai dari hari ini..
Sehari mesti ada satu posting baru (minimum lah...kalau lebih...baguuuussssssss).

Bermula dengan cabaran di bawah ini...




:: Blogger