:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.9.14

Breastpump


#unimom
#unimommezzo


Hunting for this type of breastpump.
Already test and so comfortable.

18.9.14

Bon Odori 2014



BON ODORI 2014
Tempat : Sutera Square, Johor Bahru
Tarikh : 26 & 27 September 2014
Masa : 10 pg - 10 mlm




I is kerja di kilang Jepung kat JB nih.
Ini antara aktiviti tahunan kilang.
Setiap pekerja akan dapat kupon masing-masing untuk membeli-belah di pesta ni.
Tahun ni dapat rm15 tiap sorang (mana nak lebih topup lah yer sendiri).
Sesapa nak merasa keseronokan budaya Jepung bolehlah singgah di Sutera Square hujung minggu depan.
Banyak kilang-kilang Jepung akan turut serta.

I is tak pergi so kupon dah pass kat member.
Kirim beli air yakult ja..

11.9.14

BE POSITIVE




BE POSITIVE...


Selalu pun kena fikir positif.
Apa-apa hal pun fikir positif atau yang terbaik dulu.
Walau dalam kepala ada 1001 persoalan, kenapa-mengapa-bagaimana..

7.9.14

Masjid Zahir

Repost from fb




Masjid Zahir, Kedah tersenarai di dalam 10 masjid tercantik dunia.
Alhamdulillah...
Makin terkenal nama Malaysia di mata dunia.

posted from Bloggeroid

6.9.14

1 tempat 2 tuan



Nampak tak baby carrier ni?
Tuan pertama - Abang Ameer
Tuan kedua - Adik Arissa

Setahun yang lepas, beli untuk kegunaan Ameer. Gambar bawah.
Setahun lebih juga dia guna carrier ni. Masa beli carrier ni umur dia baru empat bulan. Senang nak bawa jalan-jalan. Senang juga diurus. Letak dalam carrier bagi mainan. Settle. Bagi minum susu pun senang.

Bila Arissa lahir, dah jadi milik dia pulak. Gambar atas.
Awal dua bulan Arissa dah gunakan masa balik kampung raya aritu. Untung adik...
Dia kan kecik lagi, mula-mula tu tak selesa. Lama sikit baru ok.

Masa mula-mula beli terasa macam mahal sangat sangat...
Tapi hubby ada bagitau. Walau beli mahal tapi berbaloi. Boleh guna lama. Anak yang lain pun boleh gunakan juga.

Betulkan..??
Beli mahal tapi tahan lama. Puas hati. Yang penting kena pandai jaga.

Sekarang ni tengah rancang nak beli carseat untuk Ameer pulak. Risau tengok dia tak boleh duduk diam dalam kereta. Ada je benda yang dia nak explore. Tak tenang hati ni.
posted from Bloggeroid

Wanita

Zaman sekarang ramai wanita yang telah mula keluar bekerja. Tak kira kerja kerajaan, swasta atau pon kerja sendiri. Dan ada juga yang bekerja dari rumah aka WAHM (work at home mom).

Maka istilah "perempuan letaknya di ceruk dapur" sudah tak relevant lagi. Macam tu juga dengan "wanita belajar setinggi mana pun, di dapur juga tempatnya".

Pendidikan yang diperolehi tu untuk jaminan hidup kita. Kalau takde pendidikan tak berkembang lah minda.
Ke dapur sudah semestinya. Jangan anggap wanita yang kurang ke dapur tu tak pandai masak. Yang dah pandai masak bolehlah kongsi ilmu masak-memasak tu.

posted from Bloggeroid

5.9.14

Aktiviti bersama anak-anak



Ini 50 perkara yang akan saya buat bersama dengan anak-anak saya.

Target = separuh dari ini mesti buat sebelum hujung tahun / 31-12-14

posted from Bloggeroid




posted from Bloggeroid

:: Blogger