:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

11.12.14

Ocean Blue

Gambar amik kat Google



Gambar ni bukan nak tunjuk orangnya tapi nak tunjuk bajunya.
Cantek sangat warnanya...

Minggu depan ada Annual Dinner & Family Day kat Lotus Desaru, Kota Tinggi, Johor.
Tema 2014 - Hawaian : Ocean Blue

Ni tengah mencari pakaian yang sesuai dengan tema majlis.
Cari kat online-shop takde pulak jumpa.
Nak cari kat pasar borong Pandan lepas ni.

1.12.14

Disember



Selamat datang Disember
Yay..

24.11.14

The Kampung Boy



Dah lama carik komik ni.
At last, jumpa kat kedai E-News Tesco Sri Alam.
Bestt...!!!!

posted from Bloggeroid

23.11.14

On bluetooth dalam tandas

Repost from fb




Okey. Lepas ni bawak henfon masing-masing dalam tandas.
On bluetooth dan ikut macamana arahan ni.
Semoga kita semua terselamat daripada malapetaka dan unsur-unsur yang tidak elok.

posted from Bloggeroid

20.11.14

Google 20/11/2014



Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia 2014

13.11.14

Kopi Wonda



Walaupon kopi dah lama ada kat pasaran, barulah 2-3 minggu mencubanya.
Rasa menarik tertarik tapi ada kesan kat saya.
Lepas je minum kopi ni, malam sampai esoknya rasa berat je kepala.
Macam orang sakit kepala tu.
Agaknya kopi ni tak sesuai dengan sayalah...

Google 13/11/2014



Kenangan google har ini - Mokhtar Dahari

12.11.14

BC - Blog challenge

Ok. Hari ni nak mulakan BLOG CHALLENGE @ BC untuk diri sendiri.
Dapat idea dari blog Che Moon ni...


  1. 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda
  2. 5 cara memenangi hati anda
  3. Sesuatu yang menguatkan anda
  4. Buku kegemaran anda
  5. 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih
  6. Apa yang anda makan hari ini
  7. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
  8. 5 lagu cinta kegemaran anda
  9. 5 lelaki yang menarik perhatian anda
  10. Apa di dalam handbag anda
  11. Kenangan lucu zaman kanak-kanak
  12. 5 wishlist anda
  13. 5 blog kegemaran
  14. Cerita kasut saya
  15. Surat kepada seseorang, siapa saja
  16. Siapa, bagaimana anda 10 tahun lagi
  17. 5 perkara yang anda rindukan, apa saja..
  18. Siri tv kegemaran
  19. 1 resepi kegemaran anda
  20. Quote kegemaran anda
  21. Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi
  22. Destinasi percutian impian
  23. Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang
  24. Rumah impian anda
  25. Berita terkini hari ini yang anda baca
  26. Gajet kepunyaan anda
  27. Mood anda hari ini
  28. 5 perkara bermula dengan "andainya"
  29. Bunga kegemaran dan ertinya untuk anda
  30. Perkara menarik yang anda berbangga tahun ini
  31. Apa yang anda dapat dengan ber-blog


Tapi nya kita buat tak ikut turutan. Yang mana sempat @ sesuai kita buat dulu.
Yang penting cukup 30 cabaran.

8.11.14

Pemanggang ajaib



Been hunting for these except for waffle..

Macam mudah rasa kalau masak guna pemanggang ajaib ni.
Masakan jadi lebih sihat sebab kurang guna minyak.

Orang yang tak pandai masak (macam saya ni..) memang patut ada pemanggang/periuk macam ni.
Mudahkan kerja di dapur.
Pasti seronok memasak kan...

posted from Bloggeroid

Milk booster

Repost from fb Fabulousmom




Kepada breastfeeding mom, boleh lah cuba mana-mana yang sesuai untuk dijadikan milk booster.
Setiap orang tak sama.
Rezeki masing-masing.
Saya sedang cuba makan kapsul habbatus sauda.

Kalau kena cara dan bersesuaian memang susu akan bertambah dan mencurah-curah banyaknya.
Boleh buat stok EBM.
Kalau tak berjaya, kena cuba lagi.
Cuba dan cuba dan cuba sampai berjaya.
Jangan mudah putus asa.
Demand and supply diteruskan...

Macam saya, perahan susu hari ini adalah untuk stok esok.
Bila ada lebih untuk kegunaan hari seterusnya.
Stok EBM dah tinggal sikit je.

Yang saya praktiskan, bila anak dah tidur atau dah kenyang menyusu, saya teruskan perah susu.
Dapat sikit pon takpe.
Setiap 3 jam sekali saya perah susu atau susukan baby.
Yang penting jangan mengelat untuk perah/pam susu.

Semoga berjaya untuk semua.
Sokonglah BREASTFEEDING...

posted from Bloggeroid

7.11.14

Pelam asam boi trending



Trending terkini..

Pelam/mangga asam boi
Kedondong asam boi


Hoi boleh kecur ayaq leyok no...
Sape yang ngidam tu, pepandailah cari yer...
Yang gambar ni member kilang buat.
Menjilat ko...

posted from Bloggeroid

1.11.14

Mimik muka



Ni Ameer dengan ibu.

Sekarang ni Ameer dah pandai banyak. Bila ajak bergambar mesti dia buat mimik muka.

Ni masa dalam perjalanan ke bandar bulan lepas. Ada je aksi yang nak dibuatnya.
posted from Bloggeroid

20.10.14

Pampers dan susu

Shopping... shopping... dan shopping...
Setiap kali nak shopping, mesti pastikan dua benda ni dah ada stok kat rumah.
Kalau takde jangan mimpilah nak beli barang lain.


Pertamanya, pampers.
Jenama Drypers.
Saiz L untuk Ameer.
Saiz M untuk Arissa.

Stok yang mesti mesti yang belum lagi dibuka.
Kalau dah buka @ gunakan, yang tu tak dikira.


Keduanya, susu formula.
Ameer minum Dutch Lady 123 biasa/vanilla.
Yang ni kena ada stok sekurang-kurangnya 2 peket yang 1 kilo tu.
Masa Ameer kecik-kecik dulu, dia minum susu Anmum tu.
Dah masuk setahun setengah, tukar susu.
Cuba susu ni - tengok serasi dengan dia - teruskan je lah.



OK. Bila 2 barang ni dah pasti ada stok kat rumah, barulah boleh nak shopping barang yang lain.
Barang-barang ni pulak biasanya dibeli 2 minggu sekali.
Ada duit lebih, beli sekali banyak.
Duit secukupnya, beli pun semampunyalah.

Tak tergamak nak beli barang lain kalau keperluan anak-anak belum dipenuhi.
Memang nampak remeh.
Tapi kalau tak tetapkan setiap 2 minggu beli barang ni, belum tentu stok yang ada cukup sampai hujung bulan.
Bila nak dekat hujung bulan, duit dah kurang - mana nak carik duit lain beli pampers dengan susu ni...
Dah settle barang Ameer dengan Arissa baru lega.

Majalah Infiniti




Muka depan majalah Infiniti terbaru keluaran November-2014.

Beli sebab tertarik dengan gambar anggur yang bermacam warna.

Ada ke anggur ni di jual di pasaran?
Teringin juga nak tengok dengan mata sendiri...

posted from Bloggeroid

14.10.14

10 fakta tentang saya

10 fakta penting tentang saya :


Satu = Anak sulung dari 5 orang adik-beradik.

Dua = Sudah berkahwin : suami dan 2 orang anak.

Tiga = Suka gajet - main game.

Empat = Suka buku - novel, motivasi, komik.

Lima = Tembikai dan durian is the best!!

Enam = Support breastfeeding.

Tujuh = Jam tangan + wallet (dengan duit) + henfon is the most. Paling penting jam tangan. Semua tertolak kalau jam tangan hilang.

Lapan = Jam tangan pakai di tangan kanan.

SembilanBiru, merah dan pastel - warna kesukaan.

Sepuluh =

1.10.14

October coming..



Welcome October..

Math

Repost from fb




Math = Love

posted from Bloggeroid

29.9.14

Breastpump


#unimom
#unimommezzo


Hunting for this type of breastpump.
Already test and so comfortable.

18.9.14

Bon Odori 2014



BON ODORI 2014
Tempat : Sutera Square, Johor Bahru
Tarikh : 26 & 27 September 2014
Masa : 10 pg - 10 mlm




I is kerja di kilang Jepung kat JB nih.
Ini antara aktiviti tahunan kilang.
Setiap pekerja akan dapat kupon masing-masing untuk membeli-belah di pesta ni.
Tahun ni dapat rm15 tiap sorang (mana nak lebih topup lah yer sendiri).
Sesapa nak merasa keseronokan budaya Jepung bolehlah singgah di Sutera Square hujung minggu depan.
Banyak kilang-kilang Jepung akan turut serta.

I is tak pergi so kupon dah pass kat member.
Kirim beli air yakult ja..

11.9.14

BE POSITIVE




BE POSITIVE...


Selalu pun kena fikir positif.
Apa-apa hal pun fikir positif atau yang terbaik dulu.
Walau dalam kepala ada 1001 persoalan, kenapa-mengapa-bagaimana..

7.9.14

Masjid Zahir

Repost from fb




Masjid Zahir, Kedah tersenarai di dalam 10 masjid tercantik dunia.
Alhamdulillah...
Makin terkenal nama Malaysia di mata dunia.

posted from Bloggeroid

6.9.14

1 tempat 2 tuan



Nampak tak baby carrier ni?
Tuan pertama - Abang Ameer
Tuan kedua - Adik Arissa

Setahun yang lepas, beli untuk kegunaan Ameer. Gambar bawah.
Setahun lebih juga dia guna carrier ni. Masa beli carrier ni umur dia baru empat bulan. Senang nak bawa jalan-jalan. Senang juga diurus. Letak dalam carrier bagi mainan. Settle. Bagi minum susu pun senang.

Bila Arissa lahir, dah jadi milik dia pulak. Gambar atas.
Awal dua bulan Arissa dah gunakan masa balik kampung raya aritu. Untung adik...
Dia kan kecik lagi, mula-mula tu tak selesa. Lama sikit baru ok.

Masa mula-mula beli terasa macam mahal sangat sangat...
Tapi hubby ada bagitau. Walau beli mahal tapi berbaloi. Boleh guna lama. Anak yang lain pun boleh gunakan juga.

Betulkan..??
Beli mahal tapi tahan lama. Puas hati. Yang penting kena pandai jaga.

Sekarang ni tengah rancang nak beli carseat untuk Ameer pulak. Risau tengok dia tak boleh duduk diam dalam kereta. Ada je benda yang dia nak explore. Tak tenang hati ni.
posted from Bloggeroid

Wanita

Zaman sekarang ramai wanita yang telah mula keluar bekerja. Tak kira kerja kerajaan, swasta atau pon kerja sendiri. Dan ada juga yang bekerja dari rumah aka WAHM (work at home mom).

Maka istilah "perempuan letaknya di ceruk dapur" sudah tak relevant lagi. Macam tu juga dengan "wanita belajar setinggi mana pun, di dapur juga tempatnya".

Pendidikan yang diperolehi tu untuk jaminan hidup kita. Kalau takde pendidikan tak berkembang lah minda.
Ke dapur sudah semestinya. Jangan anggap wanita yang kurang ke dapur tu tak pandai masak. Yang dah pandai masak bolehlah kongsi ilmu masak-memasak tu.

posted from Bloggeroid

5.9.14

Aktiviti bersama anak-anak



Ini 50 perkara yang akan saya buat bersama dengan anak-anak saya.

Target = separuh dari ini mesti buat sebelum hujung tahun / 31-12-14

posted from Bloggeroid




posted from Bloggeroid

29.8.14

Raya 2014



Raya 2014 adalah raya yang indah sebab dah selamat lahirkan baby puteri masa bulan puasa yang lepas.
Baby puteri lahir pada 5/7/2014 bersamaan 7 Ramadan 1435H.
Nama diberi Arissa Nur Jannah binti Abdul Aziz.

Abangnya lahir pada 17/12/2012 bersamaan 3 Safar 1434H.
Nama diberi Ahmad Ameer Rayyan bin Abdul Aziz.
Sekarang dah berusia 1 tahun 8 bulan.

Sebab kita kan dalam pantang, jadinya cuma dapat tengok je lah diorang ni main bunga api.
Baby pun taknak berrenggang dengan ibu, jadinya mengelek dia lah sepanjang masa.
Hujung-hujung cuma dapat tengok adik pasang bunga-api-mercun yang lebih seratus das tu.

Walau dalam pantang, raya tetap raya.
Cuma taklah renyah sangat. Sekadarnya sahaja...
Makan pun ala-ala jer.
Alhamdulillah dapat bertahan..


posted from Bloggeroid

28.8.14

Kerja dan anak



Minggu bersenang-lenang dah habis yer..
Sekarang ni kena kembali semula ke opis buat kerja.

Cuti bersalin selama 60 hari telah pun tamat.
Kini masanya untuk mengerah tenaga mencari wang untuk kegunaan anak-anak dan keluarga.
Silalah bertabah wahai hati kerana rindukan anak di rumah.. sob..sob..sob..

27.8.14

Menang RM40,000 dengan Shell

Semalam pergi isi minyak kereta kat Shell Jalan Tampoi ni.
Tengok kat kaunter ada iklan ni. Ada peluang menang besar ni.

Syarat-syarat peraduan pun mudah je. Cuma isi RM30 dah boleh masuk peraduan.
Naseb baik menang, berganda-ganda balik modal kannn...
Apalagi terus isi minyak dan isi borang peraduan + resit beli minyak. Done.
Kita tunggu keputusannya...

Nak menang... Nak menang... Nak menang...
Shopping sakan ni kalau ada rezeki menang...



Win the Grand prize worth RM20,000 or Consolation prizes worth RM300
How to stand a chance to win these amazing prizes:
- Spend a minimum of RM30 AT SHELL STATION
- Win 2x more with the purchase of Shell V-Power
Contest ends 14th Sept 2014


Mari beramai-ramai isi minyak kat Shell...
Untung-untung boleh menang besar.

14.8.14

#DOAUNTUKMALAYSIA

Repost from fb



#DOAUNTUKMALAYSIA

posted from Bloggeroid

11.8.14

Myself

Repost from fb




I do what i want..

posted from Bloggeroid

7.8.14

Israel vs. Palestine

Repost


posted from Bloggeroid

15.7.14

Emoticons

Repost from fb



Syok eh emoticon ni...

posted from Bloggeroid

19.5.14

Google 19-May-2014

12.5.14

Hari ibu


posted from Bloggeroid

11.5.14

Selamat hari ibu


posted from Bloggeroid

4.5.14

Kebenaran

Repost from fb



Memang ada kebenarannya...
Dan itulah realiti kehidupan sekarang.
Lebih baik membantu peniaga jalanan.

'Yang kaya bertambah kaya dan kedekut, yang miskin belum tentu kaya..."
Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

posted from Bloggeroid

1.5.14

True

Repost from fb



When dreams come true...

posted from Bloggeroid

30.4.14

Cute



Mainan-mainan cute nampak kat kedai jual barang-barang baby.
Sangatlah berkenan.
Hajat dihati ingin membeli, apakan daya cuma mampu melihat.

Bukan tak mampu beli yer...
Tapi ada keperluan lain yang lebih penting kena beli.
Yang ni sekadar menjamu mata sahaja.

Kena utamakan keperluan dari kehendak diri.
Anak makin membesar dan coming soon ada baby lagi.
Tak boleh suka-suka nak beli itu ini.
Banyak nak pakai duit tu...
Berfikir sebelum membeli agar tak menyesal dikemudian hari.

posted from Bloggeroid

27.4.14

Agreed

Repost from fb


posted from Bloggeroid

22.4.14

Google 22/4/14

21.4.14

Maaf

Repost from fb


posted from Bloggeroid

20.4.14

The world

Repost from fb


posted from Bloggeroid

17.4.14

Karpal

Trending hari ini adalah #KarpalSingh - Kemalangan maut berdekatan gua Tempurung.

posted from Bloggeroid

Stokin tidur



Stokin baru beli untuk Ameer - khas digunakan semasa tidur. Ni nak elakkan dia dari kencing banyak sangat (sampai pampers kepenuhan) dan bocor. Beli kat Giant Plentong. Sepeket ada 3 pasang - harga rm7.99. Murah kan...

Kat JB sekarang musim hujan. Asal petang je hujan-rezki turun mencurah-curah membawa ke malam. Jadinya tidur malam sejuk sangat... Asik sangat... Lena you...

posted from Bloggeroid

16.4.14

Ibu

Repost from fb


posted from Bloggeroid

7.4.14

Dinner



Friday, 4th April 2014 - Department dinner @ Infusion Cafe, KSL Resort.

Jamuan meraikan kehadiran staf baru dan perletakan jawatan staf lama. Tapi tak semua yang dapat hadir malam tu. Kita dah uruskan ikut kesesuaian masa yang ada - awak pulak tak boleh nak hadirkan diri, nasib badan...

Sepatutnya dinner ni kat tempat lain. Hujung-hujung tukar tempat pulak. Takpe, ni bos yang bayar. Kita ikut je rentak dia. Yang penting dapat makan kat hotel. Hahaha....

Makanan sedap-sedap kat cafe ni. Sayangnya tak amik pon gambar makanan. Asyik makan-makan-makan....

Sejak-sejak mengandung ni, banyak perkara yang dulunya suka nak buat tapi sekarang taknak/tiada-keinginan nak buat. Contohnya - amik gambar makanan sebelum makan. Kegilaan yang ditinggalkan.. Sama jugak macam blogging. Mood kelaut..

posted from Bloggeroid

3.4.14

3 serangkai



Ni keadaan Ameer semalam. Dia tak sehat - demam, batuk dengan selsema. 3 serangkai lah tu. Agaknya nak tumbuh gigi lagi sbb air liur asyik lah meleleh je..

Sama keadaan masa dia nak tumbuh gigi pertama dengan bertukar bulan. Mesti demam panas-panas badan.

Malam sebelumnya, bawak pegi klinik jumpa doktor. Lama sangat tunggu giliran sampai tertidur Ameer. Doktor periksa suhu badan dia 38°c. Katanya demam biasa.

Hari ni keadaan Ameer dah ok. Alhamdulillah. Nampak macam dah sihat. Takdelah risau sangat nak tinggal pergi keje. Ameer bila tak sihat mesti nak melekat dengan ibu dan ayah. Orang lain semua taknak. Semoga cepat sembuh ye sayang ibu...

posted from Bloggeroid

2.4.14

Yang selalu terjadi

Repost from fb

21.2.14

Random





:: Blogger