Hei awak... lepas ni kita dah susah nak jumpa lagi sebab awak dah tinggalkan kita dengan kawan-kawan yang lain. Sedihnya rasa bila kita tak dengar lagi gelak ketawa dan senda gurau dari awak minggu depan.
Awak akan berhijrah ke tempat lain yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Tak mengapa kerna kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak sebab awak berhijrah demi menggapai cita-cita awak. Kami akan sentiasa menyokong awak dari belakang walaupun kita jauh di mata ( namun dekat di hati.. )
Kami harap awak tak lupakan kami di sini bila dah di sana tu. Kita masih boleh berhubung melalui telefon, sms, facebook, email etc. untuk bertanya khabar sesama kita. Pastinya kita akan saling merindui bila tidak lagi bekerja bersama.
Kami semua doakan yang awak akan lebih berjaya di tempat baru, dengan suasana baru, rakan-rakan sekerja yang baru dan juga persekitaran kerja baru. Jangan lupa kan kami kat jb tauuuu...
No comments:
Post a Comment