Kerja Baru...!!!
Sejak awal tahun 2011 ni ramai dah kawan-kawan opis aku yang dah berhenti kerja. Ada yang balik kampung ( jaga orang tua ), ada yang dapat kerja baru ( kerja lagi bagus, gaji lagi besar ), bagi yang dah kahwin - berhenti dan pindah ikut suami, ada yang sambung belajar lagi ( amik master, phd, degree.. ).
Dan yang ramainya pindah tentulah yang dapat kerja baru dengan dapat gaji besar. Ada juga yang dapat kerja kerajaan. Untung diorang semua, rezeki di tempat baru.. rezeki masing-masing kannn...
Aku ni jugak yang masih berada kat kilang lama yang sama - alhamdulillah dah masuk tahun ke-4 aku bertahan kerja kat sini. Kilang aku ni memang gaji ada kechik sikit dari kilang lain ( kiranya gaji tu tak berapa nak ikut 'market' kerja sekarang ) tapinya aku selesa kerja kat sini.
Kat kilang aku ni - ruang kerja yang agak selesa, cara kerja yang bersesuaian, kebajikan pekerja terjamin, aktiviti sosial yang menarik untuk pekerja, bebas member pendapat dan bebas bergaul dengan rakan sekerja selagi tidak melepasi bata-batas sebagai 'pekerja kilang'.
Aku harap agar dapat bertahan lebih lama kerja di sini. Dah malas dah nak cari kerja di tempat lain. Tak larat nak ber-temuduga lah..
No comments:
Post a Comment