:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

4.1.11

SEDIH

Ada berita sedih yang baru diterima...

Tadi ada mesyuarat tergempar..
Punyalah panggil semua orang..
Ingatkan ada apa hal yang penting sangat..
Rupa-rupanya....

Boss kena balik JEPUN..
Boss aku yang-hensem ni nak kena balik ke HQ - dengan kata lain akan menamatkan perkhidmatannya di RVM dan akan mula bertugas di RIKEN HQ Jepun....


Sedih nyerrrrrr........
Sedih dan sebak sangat sebab sepanjang 3 tahun lebih aku kerja kat RVM ni, semuanya terdidik dengan ajaran dan cara kerja dia. Tak sangka pula tahun baru 2011 ni dia kena tukar tempat kerja.

Dari HQ ke RVM kemudian kembali ke HQ dan akan bertukar pula ke China..

Makin jauh lah dia dengan kitorang. Banyak lagi tugas-tugas yang dia beri dengan projek-projek yang baru dijalankan - semuanya baru bermula. Tak sempat nak tunggu hasilnya kerja kitorang.

Lepas jer mesyuarat, aku memang rasa sedih. Member pula siap ada yang nangis-nangis sebab terlalu sebak dengan berita yang baru diterima. Rasa macam tak boleh nak terima yang boss ni kena tukar tempat kerja dan kitorang pula kena terima boss yang baru. Dengan cara kerja yang baru dan keadaan kerja yang pastinya tak sama dengan boss yang sekarang.

Walau apa pun, siapa lah aku nak tegah dia dari berpindah. HQ dah keluarkan surat rasmi berkenaan dengan perpindahan tersebut. Semoga dia terus sukses ditempat kerja baru..


p/s : Sebak tak hilang lagi nih..

No comments:

:: Blogger