:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

4.10.10

Marhaban dan jamuan raya..


Penat nyer....
Arini penat sangat sebab melayan orang datang beraya..
Ayahanda ku buat marhaban sempena raya dan juga doa selamat untuk majlis ulangtahun kelahiran adik aku..
Lagi pulak minggu depan dia nak peksa PMR... so one-shot buat sumer skali..

Tahun ni aku dengan adik aku kongsi duit lagi join marhaban ayahanda ni..
Kitorang ajak kengkawan datang makan-makan kat sini ( umah family.. )
Aku tak anggap sebagai "open house" tapi lebih kepada jamuan raya..

Bilamana orang tanya - bila nak wat open house?
Aku jawab - aku tak wat open house tapi open door jer... sesapa nak datang beraya, silalah..

Agak ramai juga yang hadir.. Alhamdulillah cukup segala makanan dan minuman untuk tetamu..
Walau pada mulanya, aku yang ramai jemput kengkawan tapi malam ni kengkawan adik yang lebih ramai hadir. Kengkawan aku beberapa orang sahaja. Itu tidak mengapa, kemungkinan mereka semua ada halangan untuk datang ke sini. Pada yang hadir, terima kaseh banyak-banyak diucapkan. Maaf jua dipinta sebab tak dapat nak layan korang semua dengan seadanya...
( Terlalu sibuk dengan agenda di dapur.. )


Kronologi marhaban-dan-jamuan-raya..
  • Minggu lepas rancang nak amik marhaban
  • Rangka dulu nak masak apa untuk makan-makan
  • Minggu ni tentukan menu mana yang dipilih dari menu yang banyak
  • Selasa-rabu-khamis-jumaat... masih lagi pilih-pilih menu untuk makanan
  • Jumaat tentukan dengan sepastinya menu jamuan
  • Sabtu - pegi kedai beli bahan mentah
  • Ahad pagi - "prepare" bahan mentah untuk masakan
  • Ahad petang - kemas umah
  • Ahad petang jugak - "standby" makanan untuk tetamu
  • Ahad malam - tetamu hadir
  • Selepas semua tetamu hadir dan beransur pulang, mengemas umah, peralatan memasak, pinggan mangkuk cawan sudu garfu periuk dsb....
    Fuhhhh.. memang penat..

Juadah yang banyak untuk tetamu yang ramai..
Ketupat - soto ayam - rendang ayam tua - ubi rebus - sambal sotong - sambal goreng jawa - rojak mee - puding susu - kuih karipap - air sirap oren - air teh O - air kopi


Untuk mengelakkan aku pengsan @ tidor @ mengantuk awal sangat... aku dah minum kopi Aura secawan petang tadi. Baru rasa tak penat sangat nak wat keje-keje semua.. Kurang lah rasa malasssss.... Tapi ni mata dah berat sangat.. Kesan kopi dah kurang, jadik nak kena tido dahhhh.....



p/s : Sayangnyer tak sempat nak amik gambar..
Sibuk sangat layan tetamu dengan wat kerja dapur..

No comments:

:: Blogger