:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

17.8.10

Novel - Andai Itu Takdirnya


Tajuk novel - Andai Itu Takdirnya
Novelis - Siti Rosmizah

Sinopsis novel ni..
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
-----------------
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Apa kaitan buku ni dengan aku???

Ha nilah buku yang aku baca untuk ari sabtu dengan ahad yang lepas. Menghilangkan rasa boring di rumah, aku baca novel yer... Sebabnya, member aku cakap novel ni citer sedeyy... Memang nangis giler-giler punya lah. Jadi ianya telah membuatkan aku teruja untuk membacanya... ( ala gediksss.. ). Lagipon weekend kan takde apa nak buat sangat, tu yang layan novel ni. 2 ari je baca dah abis satu buku. Disebabkan member aku yang suruh baca buku ni, aku pon pinjam lah dari dia jek.... Ada duit lebih nanti aku nak beli buat koleksi.

Layan jer novel, mula dengan bahagian yang menjengkelkan pembacaan. Masa ni dah rasa tipu ker apa kawan aku ni - cam tak menarik jerrr....... Takpe, baca lagi. Masuk plak bab bahagia - seonok. Terus lagi - bermulalah bab sedeh nyer...... Aku dah nangis dah masa nih. Walaupun tak tersedu, tapi air mata dah keluar mencurah-curah. Memang sedeh yang tak tertahan-tahannnn.....  =(... Hubby siap hairan, naper le aku nangis-nangis ni. Bila dia tanya, aku jawab aku tengah baca novel citer sedihhhhhhhh.........
Hua..hua..hua... =)

Masa baca citer ni tak pandang kiri kanan, mata memang tertancap kat setiap patah perkataan. Sedih - pilu - menyanyat hati... Kisah bagaimana seorang perempuan menjalani liku-liku kehidupan setelah ditangkap khalwat orang orang yang dengki dengannya.. Walau pun suami nya adalah lelaki yang disukai, namun kebahagiaan yang dicari belom juga muncul. Malah dirinya pula disisihkan oleh keluarga sendiri atas aib yang terpalit.. Susah senang, suka dan duka kehidupan hanyalah bertemankan seorang sahabat yang setia. Dan...... ( baca sendiri yer untuk tau kesudahannya... )

Sampai abis aku baca novel ni, memang 3/4 citer adalah citer sedeh dan bakinya 1/4 keadaan biasa. Novelis citer ni memang bagus sebab mengarang citer yang membuatkan pembacanya seperti berada sekali dalam citer ni. Ala-ala kita ni salah sorang watak dalam citer ni jugaklah.. Pada saper-saper yang nak carik novel untuk dibaca, aku syorkan korang baca citer ni. Pada aku, citer ni memang bagus. InsyaAllah tak rugi membaca. Kalau ada duit lebih, beli buat koleksi.

2 comments:

Harris Shazman said...

i read this book jgak..sedih kowt

Aidah said...

yup, sedih yang menusuk kalbu. andaikata ianya adalah kisah benar, memang sungguh menyayat hati... besar sungguh pengorbanan yang dilakukan.. hati seorang wanita yang amat-amat tabah menempuhi onak duri kehidupan.

:: Blogger