:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

8.6.12

EURO 2012




EURO 2012 dah mula.
Sure gempak..
Mesti kedai-kedai mamak penuh giler.

Selamat tengok bola yer korang.
Aku so-so je.
Lebih rela layan tilam-bantal dari layan bola.

1.6.12

Tak suka

Sejak disahkan mengandung bulan lepas, ada beberapa perkara yang aku tak suka atau terlebih suka nak buat.

@ Kurang makan nasi - satu hari makan nasi sekali je. Petang, kalau ada pilihan antara nasi dengan mee, aku pilih mee/beehoon. Lebih mengujakan.

@ Malas nak update blog - begitu juga malas nak online.

@ Malas nak berhias - sekadar pakai bedak untuk muka dan deodorant sahaja. Minyak wangi pun tak pakai sebab tak boleh terima baunya..

@ Tak pakai barang kemas - rantai leher dan cincin yang selalu pakai semua tu aku dah bukak dan simpan. Sekarang cuma pakai jam je.

@ Takde mood nak tengok wayang - banyak dah terlepas cerita-cerita best kat pawagam. Kalau nak tengok movie, tengok kat komputer je ( mintak member download-kan ).

@ Tak suka nak ambil gambar - takde perasaan pun nak pegang kamera. Selalu tu, tak pernah tinggal kamera. Tapi sekarang kamera tersadai kat meja laptop. Tak digunakan. Kesiannn...

@ Rajin tidur - pantang ada masa terluang, mesti nak tidur.

@ Banyak minum air putih - kalau dulu susah nak minum, sekarang pantang nampak mesti minum.

@ Suka makan buah.

@ Seboleh-bolehnya, pukul 5.40 aku dah stop kerja opis dan bersedia untuk balik. Tak kuasa nak OT dah.

Shopping online

Yer.. shopping online menular lagi dikalangan teman sepejabat.

Gara-gara seorang dua yang suka ber-shopping online, yang lain-lain ( termasuk aku ) pun turut terjebak sama.

Sekadar nak beri-penghargaan untuk diri sendiri atas kerja keras selama ini.

Sesekali me-reward diri sendiri tak salah kan...

:: Blogger