:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

8.10.11

Khas untuk orang lelaki

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


# Share from facebook

7.10.11

Sungguh la sengal

...ya, memang sengal yang teramat sangat. Selalu tu kalau aku nak tukar cartridge printer, ada jer alasan nyer - Baru tukarlah, masih banyak lagi lah, kan belum habis lagi kenapa nak tukar pulak... Banyak sangat alasan yang tak boleh pakai..... Sampai naik fedup tau..



Kenapa tukar cartridge yer...???
Helllllllloooooooooo pakcik, dah kalau aku print gambar ( of coz colorful kan ) then yang keluar hitam putih, tu apa cerita. Pastinya ada something wrong dengan printer. Tu yang aku nak tukar cartridge. Dah elok-elok dulu ada printer bagus, department ko downgrade kan printer kat department aku. Kitorang memang tak kisah, yang penting kualiti printing bagus. Niiiiiiiiiiiiiiiiiii printing ntah hapa-hapa. Harap je printer mahal tapi cartridge teruk. Quality out, bad performance.

Nah, hari ni tersuluh masalah tu kat orang atasan department ko. Bukan aku yang pergi mengadu tapi dia yang datang sendiri menerima masalah kami...

Alkisahnya...

Pegawai staff A : Saya nak print gambar kat sini boleh?
Aku : Boleh tapi printer color ni tak berapa nak elok. Bila print tak cantik. Quality out.
Pegawai staff A : Ye ker.. Kenapa tak beritahu kat department saya?
Aku : Dah beritahu pada staff A tapi dia kata itu cuma masalah cartridge sahaja. Bila print document yang berkaitan dengan kualiti, hasilnya mesti tak elok.
Pegawai staff A : Staff A, datang kat pejabat xxxx ni. Tengokkan performance printer color.

Tak sampai 5 minit staff A datang...
Staff A : Apa masalah ni?
Pegawai A : Tolong tengokkan printer color ni, saya nak print report bergambar. Tapi diorang kata kualiti printing tak elok. Saya nak cepat.
Staff A : Baik.

Staff A menge-check lah printer color itu..
Staff A : Ini masalah cartridge je. Isi borang tukar cartridge.
Aku : Ha yelah.... ( aku pun isi borang, suruh bos sain ).
Staff A : Saya tukar cartridge printer ni dulu.
Pegawai A : Cepat sikit. Saya masuk meeting dulu, nanti saya datang balik. Printer memang tak elok kualitinya yer??? Tukar je yang baru..
Aku : Ye, cadangan yang bagus. Yang ada ni performance teruk..

Buat kerja sambil pot-pet-pot-pet...
Staff A : Kenapa tak check cartridge sebelum print?
Aku : Selalu lah check.... memang printer ni yang tak OK. Harap jer printer mahal, tapi cartridge re-cycle. Bila print jadilah tak elok. Tukar je lah printer ni dengan yang lain.
Staff A : Ala, tukar cartridge elok lah tu. Buat apa nak tukar lain...
Aku : Ha..ha.. silalah tukar cartridge tu. Tengok elok tak elok. Mana ada orang print kaler tapi keluar hitam putihhhhhh.... ( sengal betul orang tua ni, cakap pun tak paham-paham.. )
Staf A : Ye...tukar cartridge elok lah tu...

Selepas beberapa masa.... Selepas cartridge printer di tukar..
Staff A : Tolong print 1 gambar.
Aku : Ye.. ( aku print document yang ada tulisan dengan kaler )...
Staff A : Apa lagi ni..
Aku : Tengok ni, print gambar keluar separuh je. Pastu tu warna biru bersepah-sepah...
Staff A : Cuba print lagi sekali...
Aku : Alah, sama je lah... print macam mana pun tetap tak elok. Tukar je printer tu kenapa???? Dah memang tak elok, tukar jer yang baru... ( masa ni aku dah hangin dah, malas nak layan bertekak, terus aku diam )


Tengok...tak pernah nak paham dengan masalah kitorang. Printer + cartridge nyer memang bermasalah tapiiiiiiiii still taknak terima cadangan suruh tukar printer. Apa ko dapat komisen ker dengan sewaan printer ni???? Aku kalau ada lesen membunuh, dah lama dah aku buat.

# Update - bukan bunuh orang eh, tapi bunuh aka men-jahanam-kan printer tu.. Menyusahkan orang jer..






Bila cakap tak paham, dah nampak pun boleh buat-buat tak paham-paham lagi. Sengal yang amat....

Tolong lah pahaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmm dengan masalah kitorang ni.

Bukannya mintak bulan bintang cuma mintak printer dengan cartridge yang berkualiti,
supaya bila print document sedap hati.
Tak ler kena maki dengan customer bila document takde kualiti.

Ada paham???

Sekian.

Baju Kelab Blogger 2.0



Baju terbaru Kelab Blogger BA 2.0 telah dilancarkan.
Berminat ??
Klik SINI untuk maklumat lanjut..
Stok terhad, sila tempah dengan kadar segera.



# Aku dah tempah satu kaler hitam

:: Blogger