:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

1.8.11

Lafaz niat puasa



* Marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah puasa *

Duit.....dan puasa..

 
 Banyak kan duit ni.. tapiiiiiiiiiiii bukanlah duit aku wehh...

Bila masuk bulan Ramadan ni, mulalah kita berkira-kira tentang duit untuk perbelanjaan seharian. Almaklumlah asyik benor berpikir kat mana nak buka puasa nanti?? Nak makan apa yer? Kat mana tepat best nak bersahur? Apa juadahnya? Duit banyak mana ader nih?

Semua ni menyemakkan otak lah. Tu belum kira lagi ada sale sana sini. Rasanya semua tempat nak pergi. Eh ni bukan cerita kaum hawa je tau, sekaranga ni kaun adam pun sama - dah pandai bershopping.... ada tu ngalahkan orang pompuan bila berbelanja.

Kita ni kena berbelanja ikut keperluan bukan kehendak semata-mata. Takde maknanya bila shopping sakan tu terikut hasutan syaitannnnnnnnn... Tu semua tuntutan nafsu semata-mata sebab bulan Ramadan kan syaitan dirantai. Kalau tak pandai kawal nafsu, alamat pokai lah hujung bulan nanti.

Nak berbelanja ada caranya. Sentiasa rancang apa yang perlu untuk dibeli dan berapa peruntukkannya. Buat senarai sebelum pergi berbelanja. Jadinya taklah ter'over' belanja. Ingat sikit yang duit tu bukan untuk shopping sahaja. Ada lagi keperluan lain yang perlukan duit. Simpan sedikit duit gaji itu penting untuk keperluan masa hadapan..


# Bersahur yang ringkas sahaja nanti.. nasi putih dengan telur dan sardin..

Salam Ramadan al-Mubarak



Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak
kepada semua umat Islam..


Semoga Ramadan kali ini membawa 1001 nikmat dan rahmat kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini..

:: Blogger