:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Food Supplement. Show all posts
Showing posts with label Food Supplement. Show all posts

2.3.11

Vitamin C

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, supplemen Vitamin C aku dah sampai. Dah tempah dari minggu lepas tapi baru dapat hari ini. Sebabnya, aku beritahu pada orang yang aku tempah tu, bila aku dah ada duitnya baru bagi kat aku. Dia pun kata OK. Jadinya semalam aku bagitahu dia, boleh bawa Vitamin C tu hari ini. Dan aku dah dapat pun. Ni dia...



Aku dah lama makan supplemen ni, tapi dah berhenti makan beberapa tahun ni sebab susah nak cari pembekal barangan CNI dikalangan rakan-rakan sekerja. Bukannya tak boleh beli dengan orang lain, boleh jugakkkkkk..... Tapi kan lebih elok membeli sambil membantu rakan-rakan sekerja dengan hasil jualan mereka. Disamping itu, dapat juga diskaun.


Bagusnya produk ni, sebab :
  • Mengandungi vitamin C bagi memenuhi keperluan harian badan kita
  • Diperkayakan dengan royal jelly sejati untuk menambah zat
  • Larut dalam air dan mudah diserap serta dihadam oleh badan
  • Royal Jelly Vita C mengandungi asid askorbik, natrium askorbat dan susu lebah yang murni serta berkhasiat. Makanan tambahan yang paling sesuai bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dalam setiap botol mengandungi 100 biji.

Saranan pengambilan
Kanak-kanak ( di bawah 12 tahun ) : 1 - 2 biji sehari
Dewas : 1 - 4 biji sehari ( atau seperti yang di arah oleh doktor )

Harga : RM28.80 ( Semenanjung ) / RM30.00 ( Sabah/Sarawak )


Pada siapa-siapa yang tengah mencari-cari supplemen untuk vitamin C, aku cadangkan korang amik yang ni, Royal Jelly Vita C dari CNI. Memang mantaplah.. =)


p/s : Adik-beradik aku memang suka makan supplemen ni.... Perasa oren kan memang sedapppp....

10.1.11

Aku makan jamu kerrr..

Aku seorang yang rasanya tak pernah makan jamu ( dulu-dulu tak tau lah pulak... tak ingat.. ). Then minggu lepas terjumpa anak jiran lama aku. Dia gembira lah bagitau aku yang dia dah ngandung.... ( tercabar nih..!! ). Pastu dia suggest kat aku makan jamu nihhh.... Jamu Mak Dara..

Beria dia suruh aku cuba. Aku hanya kasi angguk aku punya kepala. Yelah, orang dah excited bercerita takkan aku nak kata taknak cuba pulak. Aku hanya menjawab 'insyaAllah akan mencuba nanti...'. Just taknak kecewakan pihak tersebut.

Maka hari ini, setelah seminggu lebih mendapat nasihat dari dia, barulah aku nak google carik mendalah ni...


Harga RM49 sebotol


Khasiat Jamu Mak Dara Gold :
  1. Menyuburkan rahim
  2. Mengatasi masalah keputihan
  3. Merapatkan faraj
  4. Menambah nafsu syahwat
  5. Memberi tenaga
  6. Membuang toksik dalam badan
  7. Memperbaiki sistem kitaran haid
  8. Membakar lemak berlebihan
  9. Membuang angin
  10. Mengatasi masalah bau badan
  11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
  12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
  13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan ( bagi ibu-ibu selepas bersalin )

Jamu Mak Dara Gold ni untuk WANITA
Jamu Almira untuk GADIS
Jamu Vigor untuk LELAKI


p/s : nak cuba ke taknak yerrr??

:: Blogger