Bila cerita tentang raya, semua orang nak raya.
Mana ada orang taknak raya kan?
Tak kira bangsa, agama, kedudukan, kewangan semua pun nak raya.
Tapi harus diingat, raya itu kehendak bukan keperluan.
Maksudnya, nak beraya tak perlu berhabis sangat sebab keperluan lepas raya itu lagi penting.
Apa yang boleh dijimatkan semasa raya, kita jimat.
Hadkan perbelanjaan pada yang perlu sahaja.
Contohnya, pakaian raya anak-anak, duit tol, minyak kereta dan keperluan asas - serba sederhana.
Senang cerita, nak beraya ikut poket sendiri JANGAN ikut poket orang lain.
Kemampuan dan keperluan setiap orang tak sama.
Kewangan kita amat berbeza, keluarga kita tak sama.
Jangan nanti lepas raya kita merana sebab terlalu bermewah semasa raya.
Love,
Aidah
No comments:
Post a Comment