Aktiviti riadah hari ahad yang lepas.
Bawak anak-anak berlari-larian kat Bukit Layang-Layang Pasir Gudang.
Dah lama sangat tak bawak mereka ni main rumput, jadinya bawak mereka kat situ.
Main lah ko nak sepuas hati.
Mula dengan jalan perlahan. Jalan laju. Berlari. Main kejar-kejar.
Anak berdua ni memang pantang dilepaskan.
Terlepas je dari genggaman ibu ayah terus berlari ke seluruh pelusuk padang.
Ada orang berjualan.
Jadi beli-sewa buih sabun ni bagi mereka berdua main.
Seronok yang amat kejar-kejar buih sabun.
Main sabun taknak kongsi okeh.
Abang satu, adik satu.
Nasib sewa 3 batang, sorang satu - tak gaduh.
Dah puas main, baliklah apa lagi.
Seronok sangat dapat bawak anak-anak beriadah, main-main rumput dengan buih sabun.
Sampai je rumah, diorang ni mandi makan minum susu dan tidur.
No comments:
Post a Comment