:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

28.5.12

Baru baik demam

Assalamualaikum..
Salam Isnin yang mulia..


Aku kan baru seminggu baik dari penyakit (ujian dari Nya..).
Aku kena cirit-birit, muntah-muntah + sakit kerongkong, pening kepala, demam, sakit perut.
Pergi klinik Penawar, check doktor terus kena masuk air 1 botol sebab teruk sangat.
Bertapa aku sejam lebih kat klinik sebab nak tunggu air habis.

4 hari menerus dari Ahad, Isnin, Selasa dengan Rabu minggu lepas aku lepak kat rumah.
Sebab sakit, hubby suruh duduk umah family, senang nak jaga plus ada orang tengok-tengokkan aku.
Aku tidor sana, dia pun sama teman aku tidor umah family aku.

Nak kata mengidam, memang aku rasa taklah tapi masa sakit hari tu rasa nak makan macam-macam.
Mintak hubby beli buah tembikai dengan air 100 plus. Sebab dah malam, kena beli buah kat Jusco Permas. Pasaraya paling dekat dengan rumah.
Pastu nak makan laksa penang. Mintak abah belikan kat pasar malam.
Nak minum vitagen, mintak adik belikan.
Sebab sakit, bolehlah mintak macam-macam. Kalau sehat, takde makna diorang nak layan kannn...
Sampai adik kata "Dah macam tuan puteri pulak nak kena layan bagai... "

Itulah untungnya jadi orang sakit, semua orang layan aku elok jer.
Hubby ada jugak mintakkan air penawar dengan atuk angkat dia.
Katanya buat pulih semangat aku. Biar kuat sikit, jangan lembik sangat.

Oh masa aku sakit, mak pun sakit jugak sebab lepak buat tempahan kuih 300 biji.
Buat bertiga tapi adik-adik tolong sekejap je.
Dia bertungkus-lumus siapkan tempahan.
Sudahnya demam lebih kurang aku.
Ni alhamdulillah, semua orang dah sehat.
Harapnya aku tabah nak bawa perut ni sampai 9 bulan.
Biar kuat dan sehat...


# Sekarang dah nak masuk 3 bulan.. =)

No comments:

:: Blogger