:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

2.4.12

Seronoknya cuti hujung minggu

Hujung minggu mestilah seronok. Sabtu dengan Ahad tak perlu fikir tentang kerja. Hanya fikir tentang keadaan rumah sahaja.

Hari Sabtu, hanya bersantai di rumah sambil melayan suami tersayang dan kucing-kucing peliharaan. Sama-sama kemas rumah, lepak-lepak tengok TV. Kain baju banyak yang belum berlipat, masih ada dalam bakul. Yang belum cukup kering pun banyak bergantung sana sini, kat tingkap lah, kat bilik lah.. Kat ampai memang dah penuh. Sekarang ni musim-musim hujan, kain baju memang lambat kering. Itu pun aku dah hadkan masa pembasuhan kain baju, 3 hari sekali baru basuh @ bila bakul kotor dah penuh - baru basuh kain baju.

Tengahari pulak pergi kedai Proton, hantar kereta untuk di-servis. Kena buat major servis >20,000 km. Bayaran pun mahal. Hai, kerana kereta terpaksa kendian-kan hal-hal duit yang lain.

Ahad pula, menghantar mak dengan abah ke rumah kenduri kahwin - majlis kahwin anak pakcik saudara ( keluarga abang tiri mak ) di kampung. Sempat singgah rumah atok ( nenek perempuan ). Borak-borak dengan dia, kemas-kemas dapur, sental-sental sinki. Pastu makan-makan sama. Kat rumah orang kahwin makan sikit jer sebab makanan kat rumah atok lebih 'mengancam'. Petang sikit baru gerak balik JB.

Keluar tol Sedenak, jalan penuh dengan kenderaan. Selalu dari kampung ambil masa dalam 45 minit sahaja, ni dekat 2 jam baru nak sampai rumah. Dekat tol Skudai dekat setengah jam baru lepas tol. Tak tahu lah kenapa semalam highway ke JB sesak sangat.

Nasib cuaca elok, cuma tak larat bon*** duduk lama-lama dalam kereta. Hubby pun penat memandu. Kesian kat abah dengan mak, turun je dari kereta kaki lenguh-lenguh. Lama sangat katanya.. Maaf ye mak dengan abah sebab kaki kamu lenguh-lenguh duduk lama-lama dalam kereta saya...

No comments:

:: Blogger