crdt to takkesah.tumblr |
Teringat kesah yang pernah nenek saudara aku ceritakan bila dia hantar anak dia ( pakcik aku ) ke sekolah rendah kanak-kanak istimewa.
Masa mula-mula sekolah, dia belikan 1 kotak pensel untuk anak. Bila balik sekolah dia tengok pensel dah takde, yang tinggal kotak nyer sahaja. Bila tanya mana pensel-pensel tu, anak dia jawab tak tahu. Boleh kata tiap-tiap hari dia kena bekalkan 1 kotak pensel untuk ke sekolah. Kejadian berulang lebih kurang 6 bulan. Bila pakcik aku dah pandai kat sekolah, nenek aku sediakan sebatang pensel sahaja. Sekotak kan ada 12 batang cukup untuk 12 hari. Lama-lama dia dah pandai, sebatang pensel pun tahan lama.
Dulu-dulu sekolah guna pensel jer tak guna pen. Budak-budak sekarang je yang selalu guna pen..
No comments:
Post a Comment