:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

13.12.11

Watak-watak pengguna facebook

Ha..ha.. ni aku cilok-dengan-izin dari fb kawan aku.

Kat bawah ni dia senaraikan watak-watak pengguna facebook zaman sekarang..

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari... ...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan ( Contoh :: 71M@T -> Jimat )

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan ( contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc. )

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! ( contohnya amek gambar dgn mulut terbuka luas, jelir2 lidah... oouch )

10. SHOW-OFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.



# Pilihlah mana satu yang kena dengan korang..
# Saja suka-suka, jangan pulak ada yang terasa hati..

No comments:

:: Blogger