:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

7.12.11

Dah penat kerja tapi tak di bayar gaji



Bagaimana perasaan korang bila 'kita dah penat bekerja tapi tak di bayar gaji??'

Macamana dengan urusan seharian kita?
Makan minum kita?
Perbelanjaan isi rumah kita?
Dapur kita?
Hal ehwal kesihatan kita?

Semua tu kan perlukan duit.
Takkan nak minta sedekah pada orang lain?
Takkan nak harapkan simpati dari orang lain?

Kalau macam tu, apa guna kita kerja tapi tak di bayar gaji???
Dah penat kita membanting tulang tapi tak nampak hasilnya.

Kita kerja sebab perlukan duit.
KERJA = DUIT  --> Bukti kepada hasil titik peluh kita.

Janganlah pentingkan diri sendiri sahaja dengan menindas orang lain.
Anda sebagai majikan, sepatutnya membayar hasil titik peluh yang telah dikeluarkan oleh pekerja anda.
Mereka membanting tulang bagi memastikan kerja anda itu siap sepenuhnya.
Dan gaji itu yang mereka harapkan dengan selesainya kerja anda itu.

Jangan ingat anda sahaja yang susah.
Bila pekerja tak bergaji, lagi susah kehidupan mereka.


Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan..

No comments:

:: Blogger