:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

4.11.11

Cuti dan kerja

Assalamualaikum..
Selamat pagi Jumaat yang indah..

Lagi 2 hari kita nak sambut Hari Raya Korban / Iduladha kan.

Persiapan dah di buat kah? Lauk basah dah sedia kah? Nak masak ketupat @ nasi impit segera kah?

Dan pastinya hari ini dan esok, pasar basah akan dikunjungi ramai orang.
Kali ini dapat alhamdulillah dapat 3 hari cuti - sabtu, ahad, isnin ( raya hari ahad so carry forward to isnin ). Esok baru aku nak carik barang-barang untuk persiapan raya.

Semalam men-cutikan diri sebab hubby sakit badan. Beberapa hari sebelum memang dia dah sakit-sakit badan balik dari outstation kat PD. Then sebab tak cukup rehat kena balik dan makin teruk. Bangun-bangun pagi tengok dia mengerang sebab dada-belakang dia sakit, so tak boleh nak bangun dan bergerak sangat. Jadinya aku pun call opis bagitahu tak dapat masuk kerja. Yalah.. takkan aku nak tinggal hubby sorang-sornag kat umah, dengan sakitnya dengan tak boleh nak gerak sangat nya..

Seharian di rumah, aku kemas rumah, basuh kain baju yang dah penuh bakul, mop lantai, main masak-masak kat dapur... Tengahari semalam aku sediakan nasi putih dengan ikan pari bakar untuk lunch. Oh yer, masuk tengahari bila cuaca dah panas sikit baru dia boleh gerak sikit-sikit. Nasib baik aku dah siap masak semua, terus suruh dia makan. Selera sungguh tengok dia makan tau...

Petang sikit, kitorang pergi klinik ( aku ajak naik teksi dia taknak, sudah nye orang sakit drive sendiri gi klinik ). Sampai sana, terus register - check up - buat x-ray - check up lagi - ambil injection - ambil ubat. Kesimpulannya, doktor cakap " saraf belakang awak dah bengkak, so kena rehat secukupnya ".

Bila terlalu teruk bekerja dan tak cukup rehat, ini lah dapatnya. Sakit-sakit badan dan letih memanjang. hari ni hubby sambung cuti lagi. Rehat secukupnya tau kat umah.. Sayang abang..

No comments:

:: Blogger