Siang tadi masa teman mak beli barang kat giant, aku terpandang kamera best ni kat kedai kamera. Tak tau kenapa tapi hati dah meronta-ronta suruh kaki bergerak ke kedai tu. Mungkin sebab kamera ni best tu yang hati terpaut.
Memang dah ada niat nak beli kamera baru since kamera yang sedia ada ni ingat nak pas bagi adik-adik pakai - so aku boleh lah beli yang baru, nak beli yang lebih canggih dari yang sedia ada ni. Cuma keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk beli barang-barang idaman hati aku ni - nak kena simpan duit sebab ada 'urusan penting' yang kena di-settle-kan awal tahun depan. Jadi semua impian aku KIV dulu.
Buat masa sekarang cuma ada 2 pilihan nak dapatkan kamera canggih ni - beli sendiri atau masuk peraduan yang ada tawarkan kamera-canggih sebagai hadiah. Beli sendiri - ambil masa lama untuk simpan duit. Masuk peraduan based-on-luck, nasib baik dapat, tak nasib baik kena cuba lagi.
Sebelum dapat beli, aku beranganlah dulu. Tadi siang yang ada kat kedai tu cuma jenama Nikon dengan Canon sahaja - bolehlah buat cuci-mata. Dengan kamera canggih ni, tentu hasilkan gambar dengn kualiti yang bagus kan..... Tak sabar nak rembat satu unit. Harapan utama dengan menang peraduan, tak perlu keluarkan duit-poket sendiriiiii.... =)
Nikon D90
Canon EOS 60D
No comments:
Post a Comment