:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

28.9.11

Penghujung Syawal 2011

Assalamualaikum..
Selamat pagi rabu..

....Eh dah sampai ke penghujung raya lah. Ikut kalendar Islam hari ni 28 September 2011 bersamaan dengan 30 Syawal 1432H. Alhamdulillah dah selamat semuanya..

Keterujaan raya kali ini adalah kurang sangat walau pertama kali beraya dengan kereta baru ku. Dek kerana kereta disondol dari belakang pada pagi raya pertama, terus hancuss mood raya ku itu.. Sedih yang amat. Apatah lagi hubby, dia frust giler-giler ( taklah sampai menonggeng yer.. ). Memang terpancar di wajahnyer akan ke-frust-an nyer itu.

Mana taknyer, hajat di hati nak melangkah-jauh untuk beraya terpaksa dibatalkan kerana keadaan kereta yang tak mengizinkan. Walau bonet tu dah diikat tapi tetap akan terbuka sedikit dan mengeluarkan bunyi-yang-kurang-mengasyikkan setiap kali melangkaui bonggol atau permukaan jalan yang tidak rata. Dah naseb badan, nak kata camana kann... reda je lah. Kereta pun sudah dihantar ke bengkel untuk dibaiki dan claim insuran.

Sekarang ni menunggu kereta siap dibaiki dan boleh kami meronggeng ke rumah sedara-mara. Walau raya dah habis, ikatan persaudaraan harus diteruskan. Jangan tunggu raya baru nak tunjuk muka kat sedara mara, haruslah kena perli secukupnya nanti.

Hujung minggu ni nak pergi BBQ kat rumah bos hubby. Hari Isnin depan, buat makan-makan kat pejabat pulak. Oh masih beraya lagi lah....

Kepada bakal-bakal haji, selamat menunaikan rukun Islam ke-5. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur... Aminnnn....


# Sudah mula menabung dari tahun lepas dengan tabung haji. Harapnyer sebelum tutup mata, dapatlah menunaikan fardu satu itu... InsyaAllah..

No comments:

:: Blogger