Cuti hujung minggu yang lama aku manfaatkan dengan berehat saja di rumah.
Hari Jumaat sempena cuti hari Malaysia, layan tv - tengok kemeriahan sambutan hari merdekan dan hari malaysia. Fantastik youuuu....
Hari Sabtu - lepak lagi kat rumah sebab hubby keje.
2 hari ( jumaat & sabtu ) - aku dilanda penyakit BATUK yang tak henti. Kerap sangat batuk sampai sakit kepala. Makan ubat batuk terus pengsan 5-6 jam. Baru rasa lapang sikit dada. Sambil tu sapu balm kat dada untuk legakan pernafasan.
Hari Ahad - 'bekerja' kat umah family sebab ada marhaban malamnya. Tolong-tolong mana yang perlu. Tak sehat kannn... so tak boleh renyah sangat buat kerja ( masa ni batuk jugak ). Lagi pulak mak dah ada pembantu baru sekarang untuk aktiviti-masak-masak-berjemaah. So kurang pelukan kakitangan tambahan ( aku dan adik-adik ).
3 hari juga aku mendiamkan diri dari dunia blog dan facebook. Sekadar login dan tengok seimbas lalu. Takde mood nak blogging dengan facebooking. Bila badan tak sehat, aku hanya perlukan rehat sahaja di rumah. Jauh dari aktiviti yang aku buat sehari-hari bila waktu kerja.
Hari ni pun masih batuk-batuk lagi ( dah sediakan napkin + ubat ) dan hubby dah pesan "jangan lupa makan ubat yer.."
Harapnya cepatlah penyakit ni beredar..
No comments:
Post a Comment