:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.8.11

Persiapan raya

Kurang dari seminggu lagi nak raya. Ni raya ke-4 aku bersama hubby. Tahun ni turn balik kampung hubby. Kiranya kalau tahun ganjil balik kampung hubby, kalau tahun genap balik kampung aku. Adil dan saksama. Tak mau gaduh-gaduh nak balik raya.

Kat corong-corong radio pun dah berkumandang lagu-lagu raya. Terlalu banyak variasi lagu raya sekarang. Tapi bagi aku, lagu raya orang dulu-dulu lah yang paling menusuk jiwa dan menyentuh perasaan. Lagu raya moden ada beberapa yang aku minat. Lagu raya yang pallllllllllliiiiiiiiiiinnnnnnnnggggg modennnnnnn - memang aku tak heran. Entah apa-apa je lagu rayanya..

Shopping complex pun makin banyak yang kuar poster-poster sale itu.. sale ini.. Menarik-narik mata orang ramai untuk berkunjung ke sana bagi mengempiskan beg-dompet masing-masing. Berbelanja kena ikut kemampuan jangan berlebih-lebih...hujung-hujung nanti gigit jari sebab dah pokai..... Ish.. ish.. ish..

Memang dah terasa bahang raya. Tapi aku macam takde perasaan tau. Bukan nak kata takde mood raya tapi perasaan nak raya tu tak berapa nak excited sangat... Macam ada yang kurang. Cuma tak pasti apa nyer.... Persiapan raya tahun ni sederhana sahaja macam tahun-tahun lepas jugak. Penyediaannya merangkumi :
  • Baju raya hubby ( dua pasang )
  • Baju raya aku ( dua pasang )
  • Langsir rumah ( tahun ni boleh pulak aku beli kain nak buat langsir baru tau... )
  • Duit raya untuk budak-budak dan orang tua serta adik-beradik
  • Kuih muih raya ( buat dan beli )

Kat kawasan umah aku nih orang dah sibuk cat umah dengan kaler baru, pasang lampu lip-lap-lip-lap, budak-budak main bunga api, kemas rumah mana yang patut.... tapiiiiiiiiii aku masih lagi selamber nak raya.

Adakah sebab poket tengah kering sekarang maka mood raya tak muncul???? Mungkin juga. Kena tunggu gaji lah jawabnyer baru mood raya datang. Apa pun, berbelanjalah dengan berhemah agar tak menyesal dikemudian hari....


# Aku masih selamberr jer walau raya tak lama lagi. Tak tau kenapa dan mengapa...

No comments:

:: Blogger