2 ari berturut-turut aku bertapa kat umah family aku, sabtu dan ahad lepas. Sebelum mula bertapa tu temankan mak dengan adik-adik aku pergi Giant beli kasut raya dengan tudung raya diorang. Tahun ni bajet aku terhad, so mak, abah dengan adik lelaki no.2 yang sponsor kelengkapan raya diorang.Aku cuma dapat sponsor tudung je..
Lepas dah sudah semua, balik umah family untuk memulakan aktiviti pertapaan - membuat biskut raya untuk kali yang ke-2. Yang pertama adalah masa 2 minggu raya, aku sempat gentel tepung buat kuih siput, mak dengan adik-adik buat kuih cornflakes dengan bunga dahlia. Kali ni buat almond london dengan cornflakes madu. Cornflakes ni sempat siap ari sabtu. Yang almond london - sabtu buat biskut, ahad celup coklat. Dan gara-gara buat biskut kali inilah badan aku sakit-sakit. Penat yang amat sebab dah lama tak buat kuih raya. Nampak senang tapi susah.
Pastu, siang ahad pulak tolong mak masak-masak ( tolong sekejap jer.. ) untuk munjung pada atok kat kampung dan rakan taulan serta jiran terdekat. Tambah lagi penat. Lepas dah siap semua, diorang pun pulang ke kampung. Aku pulak pergi dengan hubby ke rumah family dia. Kat sini lom masak-masak lauk, baru rebis ketupat jer. Tengah sedap-sedap tengok TV FIL singgah rumah hantar ayam mentah suruh goreng sebab esok pagi lepas dia balik kerja - nak masak rendang ayam. Mula lah aktiviti menggoreng ayam dengan MIL dan SIL. Bila semua dah siap - ayam dah goreng dan ketupat dah masak, baliklah pulak kat rumah.
Sampai rumah terus bersihkan diri dan kemas-kemas apa yang patut. Memula ingat nak tido sekejap tapi takut terlajak tidur, tu yang lom tidor sampai sekarang. Masuk bilik, packing baju untuk balik kampung. Dah sudah, sedia untuk sahur pulak.
Sahur pagi ni dengan murtabak, sambal tumis, sandwich tuna, buah tembikai, air milo dan air kosong. Cukuplah untuk alas perut. Disebabkan penat tak hilang lagi, aktiviti kemas-kain-baju masih lagi dijalankan. Lambat kan nak ngemas untuk dua orang... ( oh sungguh tak larat )
# Mood raya dah terbit =)
No comments:
Post a Comment