Assalamualaikum dan selamat hari Isnin..
Hari ni pagi-pagi datang opis terus check email dengan blog. Huhu..semalam dan malam tadi tak sempat nak check sebab keluar ronda-ronda dengan opismate ke Muar, Batu Pahat dan Ayer Hitam. Kira ni baru sempat nak update blog.
12 jam perjalanan semalam
JB - Muar - Batu Pahat - Ayer Hitam - Machap - JB
Keluar dari rumah terus ke hostel budak opis dalam kol 9 pagi, gerak dalam kol 10 pagi.
Terus ke Muar sebab nak makan Mee Bandung Muar yang sedap.
Dalam perjalanan ke Batu Pahat, singgah kat sebuah masjid untuk solat dan berehat sekejap.
Pastu gerak ke Batu Pahat pulak. Kat sana kitorang makan Nasi Beriyani Md Shah dan main bowling kat Pacific Bowl dalam bangunan BP mall.
Next gerak ke Ayer Hitam pulak. Dalam perjalanan ke sana, singgah kat tepi jalan untuk makan durian. Sedap tau durian kat sana.
Pastu sambung perjalanan ke Ayer Hitam - cuci mata tengok barang-barang yang ada kat situ. Nasib baik poket kering, takdan nak shopping banyak. Kalau tidak, haruslah borong banyak barang kat sana. Cuma dapat beli bantal peluk dengan mangkuk tembikar jer.
Bantak peluk aku punya, yang mangkuk tembikar tu bapak aku kirim suruh belikan. Nak bagi mak aku katanya. Sweet kannn....
Dah puas jalan-jalan situ, terus gerak balik ke JB.
Kali ni singgah plak kat R&R Machap untuk solat, berehat dan minum-minum.
Dah selesai semua teruskan perjalanan balik ke JB.
Akhirnya, dekat-dekat kol 10 baru sampai.
Aku tunggu hubby datang hostel amik aku. Balik umah terus kemas-kemas barang yang ada. Bersihkan badan sikit dan tidurrrrrrrrrrrrr..........
Ni pun masih tak hilang lagi penat berjalan semalam.
Ikutkan hati nak je cuti hari ni, tapi keje banyak so tak mungkinnnnnnnnnnnn nak cuti kann....
# Daytrip yang sangat puas.. Dah lama tak melepak dengan rakan sekerja tau.. =)
No comments:
Post a Comment