Taraaaaaaaaaaaaa.......
.
.
.
.
.
Semalam aku beli stokin baru untuk pakai kat opis. Cantik kan stokin nih.... colorful. Sekali tengok cam ulat gonggok pun yer jugak.. Kawan aku lah yang cakap cam ulat gonggok masa dia nampak aku pakai stokin ni. Bila aku tanya kenapa, dia jawab sebab warna-warni dan belang-belang. Hahahaha...lawak lah kawan aku tuh..
Aku memang lama dah suka pakai stokin jenis camni, cantik pastu ngam je bila pakai kat kaki. Korang nampak kan, aku beli stokin brand Giant jer, harga pun murah - hanya 99sen sepasang. Aku beli tiga pasang.
Aku dah lama guna stokin Giant ni, kualiti ok dan tahan lama jugaklah ( lebih 6 bulan gitu... ). Dengan harga yang 99sen sepasang, dapat tahan sebulan pun dah baguskan... Oh bagi aku memang selesa pakai stokin ni kat opis. Bukan tak mampu nak beli stokin yang mahal tapi aku lebih selesa pakai yang camni.
Walau harga murah tapi selesa..
# Aku nyer blogging challenge ni dah tak ikut hari.
# Kiranya buat mana yang sempat dulu.
# Tapi yang penting aku akan cuba habiskan semua challenge yang ada.
No comments:
Post a Comment