Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.
Di antara kiamat kecil ialah:
- Zina bermaharajalela
- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
- Bermaharajalela alat muzik
- Menghias masjid dan membanggakannya
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
- Orang akan melakukan homoseksual
- Akan terdapat ramai anak luar nikah
- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
- Banyaknya berlaku gempa bumi
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, di antara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya.
Maka fenomena 'Retrograde Motion' yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.
Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.
p/s : Jangan kita mempersendakan setiap kejadian yang terjadi dengan cara yang tidak sepatutnya. Ambil iktibar terhadap setiap perkara yang berlaku..
No comments:
Post a Comment