:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.11.10

Cara urus uri mengikut Islam

Soalan :
Saya ingin bertanya mengenai status uri, adakah ianya tergolong sebagai najis? Adakah ia perlu dibawa pulang ke rumah dan ditanam? Bolehkah sekiranya uri itu ditinggalkan di tempat isterinya bersalin dan jika perlu ditanam adakah ia perlu disucikan terlebih dahulu?



Datuk Dr. Mashitah jawab :
Uri adalah 'sarung' yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan lebih baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing atau binatang lain.

Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya..



p/s : petikan akhbar metro ahad 21/11/10

2 comments:

ANP Solutions said...

salam..

berkaitan tanam uri.. rasanya memang perlu. coz sebahagian dari badan.sebab tu pas bersalin, nurse akan bg uri pada kita. bermakna benda tu penting. tapi.. ada ramai jugak yang tak tahu uri perlu ditanam. atas sebab itu, saya telah mengeluarkan 1 produk set untuk tanam uri baby. selain sumber pendapatan, juga untuk memberi kesedaran tentang perlunya uri ditanam. set mengandungi bahan2 utk basuh dan tanam uri. terpulang kepada masing2 bagaimana untuk menguruskannya..thanks owner.. sekadar berkongsi maklumat…

Aidah said...

terima kaseh kerna sudi berkongsi maklumat... =)

:: Blogger