:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

25.7.10

Islam izin pendermaan organ


Soalan :
Bolehkah saya menderma organ seperti jantung dan hati? Apa hukumnya kerana saya bimbang ia berdosa ( kerana bumi tidak menerima saya ) kerana organ saya tidak lengkap?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Hukum menderma organ secara umunya dibolehkan asalkan tidak memudaratkan penderma itu ketika masih hidup.

Jika ada yang ingin menderma organ seperti mata, jantung dan sebagainya sesudah meninggal dunia ia dibenarkan apabila penderma sendiri bersetuju untuk menderma organ atau wali atau warisnya bersetuju untuk membenarkannya.

Asas kepada kebenaran untuk menderma organ itu bagi mengurangkan kemudaratan yang lebih besar kepada orang yang masih hidup seperti kematian dan sebagainya berbanding dengan maslahat orang yang sudah mati (Ismail Hj. Ibrahim, 1998 : 48-50 )

Islam membenarkan pendermaan orgna dan tidak timbul soal bumi todak menerima jenazah berkenaan.

No comments:

:: Blogger